Mangsa Banjir Meningkat Kepada 2,312 Orang Di 18 Pusat Pemindahan
Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 2,312 orang sehingga
jam 10 pagi ini. Hujan yang masih berterusan dan berhenti
sekejap-sekejap menyebabkan jumlah mangsa banjir meningkat dan 18 pusat
pemindahan telah dibuka.
Kesemua mangsa daripada 589 keluarga ditempatkan di 18 pusat pemindahan di empat daerah, iaitu Kuala Terengganu, Marang , Hulu Terengganu dan Setiu.
Kuala Terengganu masih merekodkan jumlah tertinggi mangsa yang dipindahkan sejak tiga hari lalu, iaitu 1,575 orang daripada 407 keluarga.
Mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Tok Nasek (lapan daripada tiga keluarga), Dewan Sivik Gong Badak (110 orang daripada 27 keluarga), SK Chendering (54 orang daripada 13 keluarga) dan SK Kompleks Gong Badak (833 orang daripada 215 keluarga).
Pusat pemindahan banjir lain di Kuala Terengganu adalah di SK Tok Jiring (92 orang- 17 keluarga) SK Tok Jembal (348 orang-98 keluarga), SK Bukit Petiti ( 27 orang- lima keluarga), SK Tanjung Gelam (66 orang-18 keluarga) , SK Bukit Nenas (26 orang-lapan keluarga) dan SK Teluk Ketapang (11 orang- tiga keluarga).
Sementara di Marang pula 642 mangsa daripada 154 keluarga dipindahkan di dua pusat penempatan banjir, masing-masing SK Rusila 225 orang (58 keluarga) dan SMK Seri Payong 417 orang (96 keluarga).
Di Hulu Terengganu, 12 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Kolam, Bangunan Umno Kampung Kemat ( 23 orang, tiga keluarga) dan Surau Cenerong Lebam (enam mangsa,satu keluarga)
Setiu 54 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan di Balai Raya Kampung Sungai Lerek (12 orang), Surau Kampung Sungai Pinang (36 orang) dan Balai Raya Rhu Tapai (enam orang). - teganukita.my

1 orang berkata:
banjir ni berlaku mesti di sebabkan silap anwar ibrahim...kerana memulakan langkah kajang...
Post a Comment