Monday, November 3, 2014
Sedih Dan Marah!
Dibohongi hidup-hidup
Dikelentong terangan!
Marah ditipu
Marah kena bayar lebih
" Pembohongan Besar Najib Berkenaan TNB Terdedah Hari Ini "
Dikelentong terangan!
Marah ditipu
Marah kena bayar lebih
" Pembohongan Besar Najib Berkenaan TNB Terdedah Hari Ini "
Memang sahlah
terbukti Najib Razak seorang yang pembohong besar. Pada tahun ini dalam
satu artikel berita harian dia pernah menyatakan tarif elektrik terpaksa
dinaikkan bagi melindungi TNB dari kerugian tetapi artikel ini telah
pun dipadamkan dari BH Online.
Hakikatnya TNB
untung lagi malah meningkat pada tahun ini kerana kenaikan tarif
elektrik yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Korang bacalah berita
bawah ni ;
Keuntungan
bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi tahun kewangan yang berakhir pada
31 Ogos, 2014, meningkat kepada RM6.4 bilion daripada RM5.4 bilion dalam
tahun kewangan lepas.
Hasil meningkat
kepada RM42.79 bilion daripada RM37.13 bilion sebelumnya, kata syarikat
utiliti nasional itu kepada Bursa Malaysia hari ini.
TNB berkata
kenaikan keuntungan bersih itu adalah hasil daripada pengurangan kadar
cukai korporat dan peruntukan masuk kira semula bagi sebuah anak
syarikat yang merupakan perkara tidak berulang, yang dimasuk kira ke
dalam Tahun Kewangan 2014.
Presiden
merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata
TNB melabur perbelanjaan modal yang besar sebanyak RM10 bilion
berbanding RM8.5 bilion tahun lepas.
"Daripada
RM10 bilion perbelanjaan modal itu, RM4.9 bilion adalah bagi
penyenggaraan dan penambahbaikan sistem bagi memastikan sistem yang
cekap, selamat dan terjamin," katanya pada taklimat bagi mengumumkan
keputusan kewangan syarikat itu di ibunegara semalam.
Pelaburan
dalam penyenggaraan dan penambahbaikan sistem telah menunjukkan hasil
seperti yang dibuktikan dalam Indeks Purata Pengagihan Gangguan Sistem
(SAIDI) yang paling rendah dicatatkan tahun ini. Ia mengesan purata
tempoh gangguan dalam minit yang dialami oleh pelanggan setahun.
Beliau
berkata TNB juga melabur sebanyak RM4.4 bilion bagi pembinaan stesen
jana kuasa baru dengan jumlah kapasiti 3,700 megawatt (MW) bagi
menampung keperluan kapasiti masa depan.
Azman
berkata bagi Tahun Kewangan 2014, kos penjanaan yang membentuk 64.8
peratus daripada jumlah kos operasi, meningkat sebanyak 17.6 peratus.
"Ini,
bagaimanapun, diimbangi sebahagiannya oleh kenaikan 15.2 peratus dalam
hasil kumpulan, terutamanya daripada pelarasan tarif yang berkuat kuasa
Januari 2014," katanya.
Beliau
berkata semasa tahun itu, kumpulan membuat penilaian nilai pelaburan
dalam Liberty Power berdasarkan kepada keperluan standard perakaunan,
dan membawa kepada peruntukan masuk kira semula kepada kira-kira RM0.3
bilion.
"Ini
menyumbang sebahagiannya kepada peningkatan keuntungan operasi sebanyak
21.6 peratus kepada RM7.2 bilion berbanding RM5.9 bilion sebelumnya.
"Pengurangan
kadar cukai korporat yang dicatatkan dalam Tahun Kewangan 2014 membantu
menyumbang lagi kepada keuntungan bersih tinggi itu," katanya.
Sementara
itu, Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie berkata dalam tahun kewangan ini
pertumbuhan permintaan di Semenanjung Malaysia rendah sedikit berbanding
tahun lepas disebabkan terutamanya penggunaan rendah oleh sektor besi
dan keluli.
Lembaga Pengarah menjangka prospek kumpulan bagi Tahun Kewangan 2015 kekal stabil. - sumber
1 orang berkata:
Tapi penyokong2 BN ni bukan faham pa pun. Naik la brapa juta pun..dok sokong jugak....jahe tuke.
Post a Comment