Shafee nafi tuduh doktor tiada kredibiliti
- Muhammad Shafee (tiga, kanan) berbual mesra dengan wakil perundangan di pekarangan Mahkamah Persekutuan.
PUTRAJAYA - Ketua pihak pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
memberitahu, pegawai perubatan pertama yang merawat Mohd Saiful Bukhari
Azlan, iaitu Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi tidak
dikemukakan sebagai saksi pendakwaan kerana beliau bukan saksi
berwibawa.
Bagaimanapun, beliau menafikan menuduh doktor itu tidak mempunyai kredibiliti tetapi pihak pendakwaan telah membuktikan melalui bukti yang dikemukakan doktor itu sendiri.
Sementara itu, DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diambil secara tidak sah melalui berus gigi, tuala ‘good morning’ dan botol air mineral, masih boleh diterima sebagai barang bukti sekiranya bukti berkenaan relevan.
Muhammad Shafee yang ditemui di luar mahkamah sejurus selesai berhujah di Mahkamah Persekutuan, membidas dakwaan pihak pembelaan bahawa barang-barang itu diambil dari lokap secara tipu helah.
Beliau berkata, pihaknya kini selesai berhujah kira-kira 65 peratus dan akan menyambung hujahnya hari ini.

0 orang berkata:
Post a Comment