Sunday, November 23, 2014
LEBIH BAIK KEDAH DIPERINTAH PEMBANGKANG
Pemimpin
pembangkang Kedah nampaknya lebih awal menghidu isu berhubung kesan
kejatuhan harga getah kepada penoreh di Kedah jika dibandingkan dengan
kepimpinan Barisan Nasional yang sedang leka dengan transformasi aman
serta makmur.
Tidak
dinafikan ada segelintir exco UMNO yang rajin turun padang mendekati
rakyat tetapi yang menyedihkan masih ada juga segelintir Exco UMNO
sedang kalut sedang mencatur projek, peruntukan dan memperkayakan diri
dan keluarga sebagai persediaan jika Kerajaan mereka sekarang jatuh
dalam pilihanraya yang akan datang.
Hakikatnya
mana-mana parti yang menjadi pembangkang akan lebih sensitif dengan
penderitaan rakyat seperti BN yang menjadi pembangkang di Kedah pada
penggal yang lepas. Rakyat lebih makmur jika BN jadi pembangkang.
Bermacam-macam peruntukan turun terus kepada rakyat ketika itu melalui
berbagai-bagai agensi malah ada resmi dan yang tersembunyi. Hari ini
peruntukan terpaksa melalui liku-liku birokrasi. Suara rakyat menjadi
suara sepi kerana wakil rakyat sibuk bermesyuarat kesana kemari. Kalau
yang tidak sibuk pun mereka menjadi kelam kabut buat sibuk.
Berikut
adalah berita lapuran MI berhubung isu kejatuhan harga getah di Kedah.
Lapuran ini disiarkan kerana menepati dengan tinjauan yang MR lakukan di
sekitar Baling dan Sik sejak 3 bulan yang lalu.
Walaupun
menggesa Putrajaya menetapkan harga lantai bagi getah kepada RM4
sekilogram, keadaan menjadi semakin teruk buat penoreh getah dan pekebun
kecil yang berjumlah hampir 500,000 orang di negara ini.
Ramai sekarang ini bergelut dengan harga komoditi itu yang paling rendah
dalam bertahun-tahun, pada kira-kira RM1.60 sekilo dibandingkan RM2.30
pada April, apabila perhimpunan itu diadakan, bertema: "Himpunan Derita
Rakyat: Baling 2.0" diadakan di Kupang.
Pemimpin
pembangkang Kedah Datuk Amiruddin Hamzah yang menganjurkan perhimpunan
itu memberitahu The Malaysian Insider, sekarang ini ramai yang sampai ke
tahap tidak mampu hendak membeli beras.
“Pada
harga RM1.60 sekilo, mereka hanya dapat 80 sen apabila diambil kira
bayaran upah kepada pekerja. Dengan tibanya musim hujan sekarang,
penoreh getah pun kadang-kadang tidak boleh keluar menoreh.
"Di
Kedah kita dengar kes di mana rakyat terpaksa beli beras mengikut
kilogram, bukan beli dalam paket. Paket paling kecil dijual pada saiz
5kg - itu pun mereka tidak mampu," kata Amiruddin.
Amiruddin
berkata, tuntutan mereka tidak dihiraukan Putrajaya walaupun mereka
menyerahkan satu memorandum kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan
wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) cuba menghujahkan kes mereka di
Parlimen.
"Wakil
rakyat kami sudah bercakap tentang isu ini, tetapi tiada hasil. Suara
rakyat tiada nilainya saya rasa, kecuali ketika menjelang pilihan raya,”
kata ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Anak Bukit itu.
"Kerajaan
persekutuan berkata ia tidak mampu melakukan lebih lagi, memandangkan
beban ekonomi yang ditanggung, tetapi mereka lupa yang paling teruk
menerima akibat kejatuhan ekonomi ialah golongan pekerja - penoreh getah
dan pekebun kecil," katanya.
Amiruddin
berkata satu-satunya kemajuan hanya apabila Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak mengumumkan dalam Bajet 2015 yang LGM akan memperuntukkan
RM100 juta bagi melaksanakan mekanisme kawalan harga pada peringkat
ladang bertujuan melindungi pekebun kecil daripada terus menanggung
kerugian akibat kejatuhan harga di pasaran dunia yang mencecah di bawah
harga minimum yang ditetapkan.
LGM
juga akan menyediakan pinjaman mudah RM6.4 juta sebagai modal kerja
untuk 64 koperasi pekebun kecil bagi membeli getah secara langsung
daripada 442,000 pekebun kecil getah, menurut Bajet.
“Tetapi, semua yang kami minta dalam memorandum itu tiada hasilnya,” kata Amiruddin.
Selain
tuntutan menaikkan harga lantai bagi getah, mereka juga meminta
Putrajaya memberi subsidi baja selama 25 tahun dan dalam penanaman
semula pokok getah; memansuhkan cukai atas getah; dan memastikan kos
pengeluaran tidak hanya ditanggung penoreh getah dan pekebun kecil,
tetapi dikongsi bersama dengan pengilang.
"Mereka
seperti penoreh getah dan pekebun kecil sudah lama berdepan kenaikan
kos sara hidup akibat harga barang yang semakin meningkat," kata
Amiruddin membacakan deklarasi perhimpunan itu pada April.
Deklarasi
itu disokong 32 kumpulan, termasuk PAS Kedah, Pemuda PAS Pusat, PKR,
DAP, penoreh getah, petani dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan
seperti Suara Anak Kampung.
Amirudin memberitahu The Malaysian Insider, keadaan makin teruk bagi
kehidupan penoreh getah sejak beliau membacakan deklarasi itu.
Tetapi, katanya, penduduk tempatan tidak putus harapan, dan hari ini
mereka menganjurkan satu demonstrasi di Lenggong, Perak, menuntut harga
getah dinaikkan.
"Bagaimanapun,
setakat mana saja yang boleh kami lakukan. Akhirnya, kuasa di tangan
kerajaan pusat untuk membantu," kata Amiruddin.
Pada
Jumaat, The Malaysian Insider melaporkan, jika dulu penoreh getah dan
pekebun kecil mampu menikmati hasil sehingga RM1,500 sebulan, tetapi
kini hanya mampu memperoleh pendapatan antara RM500 hingga RM600 - turun
kira-kira 66% sejak awal tahun ini.
Mereka
yang ditemui berkata mereka hidup 'kais pagi makan pagi' dan terpaksa
mencari sumber pendapatan sampingan berikutan kejatuhan mendadak harga
komoditi dunia.
Zulkifli Husin, 61, pemilik kebun getah di Kampung Peradong, Jelebu di
Negeri Sembilan berkata, beliau tidak dapat membayangkan keadaan
dirinya sekeluarga menghadapi musim 'daun luruh' tahun depan, iaitu
tempoh getah tidak dapat mengeluarkan hasil sepanjang Februari dan Mac.
Pekerja
ladang, Mohd Shamsul Hashim, 32, berkata, kerja menoreh saja tidak
mampu menanggung lima orang anaknya berusia antara 3 tahun dan 12
tahun, menyebabkan beliau terpaksa membuat kerja sampingan sebagai
'despatch rider' dan mampu memperoleh pendapatan sehingga RM1,200
sebulan.
Pemborong getah berlesen persendirian, Noraznim Nordin, 38, menyifatkan
harga pasaran getah sekarang sebagai terburuk dalam tempoh empat tahun.
Malaysia
kekal sebagai pengeluar kedua terbesar di dunia bagi getah dan kelapa
sawit, dan dengan penurunan harga 25% dan 16% bagi kedua-dua komoditi,
ia meninggalkan kesan yang teruk terhadap pendapatan.
The
Wall Street Journal (WSJ) melaporkan pada Selasa, kesan negatif
daripada kejatuhan harga komoditi minyak memberi kesan buruk pada
prospek pertumbuhan dan hasil kerajaan Malaysia.
Katanya,
pendapatan negara banyak bergantung pada eksport minyak, minyak sawit
dan getah, bermakna penurunan harga global bagi komoditi ini akan paling
teruk melanda Malaysia. – 23 November, 2014.
3 orang berkata:
wahai penoreh getah sekelian apa lg yg boleh dibuat. tekad dlm hati tukar k'jaan pd pru 14.
Setuju........
MB pun guna getaj juga... getah condom...
Haha
Post a Comment