Parti politik dianggap paling korup
PETALING JAYA - Parti-parti politik di negara ini dianggap sebagai
institusi yang paling korup, diikuti oleh polis dan penjawat awam.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar
berkata, ini berdasarkan tinjauan Barometer Rasuah Malaysia 2014 yang
dilakukan badan itu ke atas 2,000 responden dari pelbagai lapisan
masyarakat.
"Ramai yang memilih parti politik, menunjukkan mereka tidak percaya
kepada institusi berkenaan. Malah, ini kali pertama parti politik berada
di kedudukan teratas berbanding tahun lalu, (iaitu) di tangga kedua.
"Secara peribadi bagi saya, korup dalam parti politik ini kebiasaannya
melibatkan pemberian kontrak, perniagaan, lesen ali baba dan
seumpamanya. Jadi, sebagai ahli politik, sepatutnya mereka tunjukkan
contoh yang baik,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan
keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2014, di sini, semalam.
1 orang berkata:
Bukan semua kakitangan k'jaan mkn rasuah...yg dok mkn rasuah adalah kakitangan k'jaan yg berfahaman umno ja.
Post a Comment