Kekal Anwar: Azmin jatuhkan kredibiliti sendiri
SHAH
ALAM - Tindakan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang terus
mempertahankan dan tidak berani memecat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim daripada memegang jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor
dilihat seperti menjatuhkan kredibiliti beliau sendiri.
Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, Mohamed Azmin sepatutnya memecat Anwar dan melantik penasihat ekonomi yang baharu.
Menurutnya, jika Anwar terus memegang jawatan tersebut, dikhuatiri akan menjejaskan hubungan Mohamed Azmin dengan pihak istana.
“Sudah jelas Sultan Selangor tidak berkenan dengan perlakuan Anwar selama ini, sehingga darjah kebesaran beliau yang dikurniakan baginda ditarik balik, jadi mengapa mesti Azmin terus pertahankan Anwar?
“Sehingga kini, Azmin enggan beritahu status sebenar Anwar dan beliau seolah-olah takut memecat beliau dari memegang jawatan penasihat ekonomi negeri. Kenapa mesti terus berdolak-dalik? Tindakan Azmin buat orang hilang hormat kepada beliau sebagai menteri besar,” katanya.
Khamis lalu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Selangor menarik balik darjah kebesaran Anwar yang membawa gelaran Datuk Seri berkuat kuasa 3 November.

2 orang berkata:
Malaysia negara demokrasi yeop rakyat dah faham tapi sayang masih ramai prof kangkong yg sifat pembodek gile2 untuk mendapat tempat pangkat & gelaran cara mudah masih bermuka2
Biar pkr urus sendiri...prof x pyh dok sibuk dan ulas hal org...ulas la masalah tangki najis ka, org asli lg baik.ha..ha..ha
Post a Comment