Isu timbalan speaker II akan dibincang, kata Azmin
SHAH ALAM - Tuntutan DAP untuk melantik wakil rakyat daripada parti itu
bagi jawatan timbalan speaker II Dun akan dibincang dalam mesyuarat
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, buat masa ini dewan tetap berpendirian untuk mengekalkan hanya satu wakil timbalan speaker yang diisi oleh Adun Bangi daripada Pas, Mohd Shafie Ngah.
"Memang ada cadangan daripada DAP (mengenai timbalan speaker) dan saya rasakan perkara baharu seperti ini harus dibincangkan dalam mesyuarat pakatan sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dun Selangor di sini hari ini.
Beliau juga menafikan dakwaan DAP kononnya jawatan timbalan speaker baharu itu dijanjikan kepada parti itu dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim dilaporkan berkata, DAP wajar diberikan kerusi jawatan timbalan speaker DUN memandangkan parti itu menunjukkan kesetiaan penuh kepada PKR dan Pakatan Rakyat sewaktu krisis menteri besar kira-kira lima bulan lepas.
Ng berkata, untuk melantik timbalan speaker baharu, ia hanya memerlukan pindaan dalam enakmen selepas persetujuan dicapai dari kalangan parti komponen dalam pakatan pembangkang. - Bernama

4 orang berkata:
Kau layan la dap tu....nanti ramai pengundi melayu hilang kepercayaan kpd pkr baru tau. Jgn jd telunjuk dap sgt.
Bagi aja la min kalau nak selamat. Nanti DAP arah anwar pecat kau ,tak selamat kau.
Bukankah DAP yang memeganh tali hidong kat selangor?
Apa peduli Undi melayu. Undi cina lebih penting daripada undi melayu
Sebab tu PKR sanggop lunyai PAS beesama DAP.
Tapi...jika Azmin tundok kepada Cina DAP alamat, akan terkubor lah PKR. Jangan harap undi Melayu akan masok tong PKR.
dan jangan harap,tanpa undi melayu, PR boleh kekal diselangor.
Walaupun PasMa akan beejuanh habisan mempeetahankan DAP dan PKR ,tapi PasMa sendiri penuh dengan kurap. Mana nak laku ubat kurap dia orang cuba jual.
Azmin. Kau sayang DAP atau kau perlu undi melayu. Tepok dada,tanya kepala hotak kau.
Apa nak riso..umno selngor mana ada dah..itu pasti..tnya noh klau x caya
Bagus utk macai PKR kenali bulu roma DAP. Belajarlah hukum bersahabat. Yg sependapat tak semestinya kawan, yg bercanggah pandangan tak bererti musuh. Sahabat sejati sanggup menegur. Teman sebantal tak sama berdengkur.
Post a Comment