'Azmin perlu profesional'
SHAH ALAM – Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berdepan situasi ditelan
mati emak, diluah mati bapa berikutan tindakan Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris menarik balik darjah kebesaran Datuk Seri yang
dikurniakan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR tersepit antara menjaga hati Sultan Selangor dan Anwar serta jalan terbaik ialah tidak mengeluarkan sebarang komen.
Menurut Jeniri, meskipun kehilangan gelaran Datuk Seri dari Selangor, itu tidak memberi kesan kerana Anwar masih memiliki tiga lagi gelaran sama dari negeri lain.
“Beliau tetap Datuk Seri dan beliau tetap Anwar Ibrahim dan kekal ketua pembangkang meskipun hakikat itu pahit untuk ditelan.
“Isu ini tidak akan menjejaskan kredibiliti Azmin dan karismatik dimiliki Anwar,” katanya.
Justeru, keputusan Ketua Umum PKR itu untuk terus bertugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor ialah keputusan Azmin selaku menteri besar dan Jeniri yakin Adun Bukit Antarabangsa itu profesional dan tidak mudah dipengaruhi hal sekeliling.
“Integriti ialah wibawa seseorang, bukan datangnya dari gelaran. Ia lebih kepada karisma yang dibina. Tindakan sultan menarik gelaran diberi itu kesan daripada tersinggung dengan kenyataan Anwar dan ia justifikasi yang subjektif.
“Bagaimanapun sebagai ketua pembangkang yang membawa perjuangan rakyat, Anwar perlu menjaga hubungan dengan istana,” katanya.

1 orang berkata:
Kenapa sultan tak tarik gelaran yg depa bagi pada pemimpin umno sedangkan banyak tingkah laku dan tutur kata semasa krisis perlembagaan suatu masa
dulu. Semua sultan membisu seribu bahasa apatah lagi nak tarik gelaran seperti skg ini. Mungkin sekarang sultan2 mudah sensitif maklumlah sudah lama diperlaku dan diperkudakan oleh pemimpin umno selama ini. Sekarang baru sedar kot.
wasalam
Post a Comment