Terkini!!! Chong Wei Saman Razif Sidek, Akhbar Kerana Tuduhan ‘DOPING’.. Jom Terjah!!!
Pemain
badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengesahkan hari ini
akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Razif Sidek dan sebuah
akhbar Melayu kerana menuduh beliau terbabit dengan pengambilan dadah
terlarang.
Beliau
memberitahu The Star Online surat tuntutan saman dihantar melalui
pejabat peguamnya Song and Partners kepada Razif minggu lepas.
"Tuduhan
itu tidak benar. Hanya kerana saya ada kes 'doping' sekarang, kamu
tidak boleh membuat kenyataan sesuka hati. Adakah dia mempunyai bukti
menyokong dakwaannya?" beliau dipetik berkata portal berita itu.
Pada November 11, Razif yang juga bekas pemain badminton negara
dilaporkan akhbar Kosmo sebagai berkata, Lee sudah lama menggunakan
dadah seperti hasil ujian 'doping' awal bulan lepas.
Katanya,
ramai pegawai dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyedari
kesalahan yang dilakukan Lee tetapi tiada yang berani bersuara kerana
kredibilitinya sebagai seorang jaguh dunia.
Malah, Razif dilaporkan berkata, Lee sanggup mengupah seorang doktor dari luar negara bagi tujuan itu.
Sebuah
portal berita lain memetik Lee berkata hari ini, Razif sudah
menghubunginya dan meminta maaf kerana membuat kenyataan itu selepas
menerima surat tuntutan daripada Lee.
"Tetapi,
apa yang terjadi sudah terjadi," dia dipetik berkata dengan nada marah
sambil memberitahu portal itu yang ketika berita itu mula-mula
dilaporkan, beliau cuba menghubungi Razif tetapi tidak berjaya.
"Saya
tak boleh biar begitu sahaja kerana dia memfitnah saya. Sebagai bekas
pemain badminton, dia seharusnya sedar dia tidak patut membuat tuduhan
palsu kepada saya, terutamanya saat saya sedang menghadapi kesukaran.
"Beliau bukan sahaja menyakiti saya, malah seluruh negara dengan kenyataannya itu," katanya kepada portal berita itu.
-
See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/chong-wei-saman-razif-sidek-akhbar-kerana-tuduhan-doping#sthash.W5etBzEM.dpuf
0 orang berkata:
Post a Comment