Tak perlu persoal Najib
KUALA LUMPUR - Rakyat tidak perlu mempersoalkan gaya hidup Datuk Seri
Najib Tun Razak yang dikatakan mewah dan melebihi kedudukannya sebagai
perdana menteri.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman bagaimanapun enggan mengulas lanjut soal peribadi perdana menteri termasuk keluarganya kerana ia kurang beretika.
“Saya tidak mahu sentuh hal peribadi beliau. Saya tidak rasa perdana menteri kita ini menjalani kehidupan mewah melebihi kedudukannya sebagai perdana menteri.
“Sebagai anak kepada (Tun) Abdul Razak Hussein (bekas perdana menteri), dan berlatar belakang keturunan golongan bangsawan, semua orang tahu beliau berasal dari keluarga berada,” katanya pada sidang media Faedah-Faedah Persaraan Bekas Wakil Rakyat,
semalam.
Menurut Abdul Aziz, sesiapapun boleh mempersoalkan dan mengkiritik kerana Najib seorang yang dikenali.
Beliau berkata demikian berikutan kritikan berterusan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad terhadap Najib.
“Najib sudah melakukan tugasnya dengan baik dari setiap sudut. Berikan beliau ruang untuk melaksanakan tugas sebagai perdana menteri.
“Najib tidak gagal (ketika memerintah). Jika perdana menteri tertakluk kepada komen seorang individu, dan diarahkan untuk melakukan apa yang patut dan tidak, ini baru dianggap gagal,” katanya.
Mengenai isu 1MDB, Abdul Aziz berkata, Jabatan Akauntan Negara telah diarahkan untuk mengaudit akaun 1MDB sebelum laporan itu diserahkan untuk diperiksa secara telus oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Mubarak tidak yakin kemampuan Wan Azizah
Selain itu Abdul Aziz kurang yakin Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah mampu menjalankan tugas dengan baik sekiranya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Menurutnya, Wan Azizah yang juga Adun Kajang diketahui tidak terkenal dalam menjalankan tugas dengan baik di peringkat kawasan.
“Beliau memenangi kerusi (Dun Kajang) kerana statusnya sebagai isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya berpendapat pemilihan dan sokongan ke atas Wan Azizah sebagai calon PKR di Permatang Pauh kerana emosi bukannya atas kapasiti calon tersebut,” katanya.
Katanya, pemilihan Wan Azizah yang juga calon kitar semula, dilihat lebih kepada penglibatan politik keluarga.
“Jika bukan Anwar yang bertanding, Wan Azizah akan ganti, begitulah sebaliknya. Kerusi itu seolah-olah tidak boleh di isi calon lain, melainkan dari keluarga Anwar.
“Cukup-cukuplah (mencalonkan Anwar dan Azizah). Ini dah jadi parti politik keluarga, dan rakyat terus membiarkan perkara ini berlaku di depan mata,” katanya.

1 orang berkata:
Cukup2 kau 2 dok jd pengampu tak habis2
Post a Comment