'Pas tak mampu jadi parti nasional'
SHAH ALAM – Pas boleh berdiri sendiri sebagai sebuah parti politik
tetapi tidak mampu menjadi parti nasional jika mereka bertekad
memutuskan hubungan dengan PKR seterusnya keluar dari PR.
Penganalisis politik dari Fakulti Pengajian Antarabangsa Kolej
Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara
Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sukar
untuk Pas menambat hati rakyat di tempat lain tanpa bergabung dalam PR
kerana sokongan akar umbi mereka hanya kuat di Kelantan dan Terengganu
sahaja.
“Pas boleh bergerak sendiri jika keluar daripada PR, tetapi mereka
hanya boleh berpusat di Pantai Timur kerana kita tahu kemenangan Pas di
negeri lain bergantung pada gabungan mereka dalam PR.
“Parti yang tak mempunyai gabungan seperti Pas sukar untuk menang di
peringkat nasional tetapi mereka masih berpeluang menikmati kemenangan
di kawasan pengundi tradisi yang tegar kalau kena pada cara dan
strateginya,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, Pas akan menghadapi pertembungan yang besar dan saingan sengit
menjelang pilihan raya mendatang jika mereka memilih untuk menolak
menyertai mana-mana gabungan dalam politik.
“Kehadiran Harapan Baru yang mahu membentuk pakatan bersama PKR dan DAP
serta BN dengan parti komponennya akan mencetuskan pertembungan yang
hebat dalam pilihan raya akan datang.
“Pas mungkin tak mampu bersaing dengan gabungan parti yang ada ini dan
mereka akan tewas di peringkat nasional kerana rakyat cenderung memilih
PR ataupun BN,” katanya.
Mohd Azizuddin berkata, impak yang sama mungkin akan berlaku terhadap
sokongan Pas di Selangor jika mereka benar-benar berhajat keluar dari PR
kerana faktor yang melibatkan ekonomi dan politik.
“Kalau di luar bandar mereka mungkin boleh menang kerana Pas bergantung pada sokongan pengundi tradisi.
“Kalau di bandar seperti Selangor ini agak susah kerana pengundi
melihat pelbagai faktor seperti kos sara hidup dan suasana politik
semasa kerana di sini ramai golongan pertengahan yang terpelajar,”
katanya.
Menurutnya, Pas juga mungkin berdepan dengan kesukaran untuk meraih
kemenangan kerana terdapat banyak kawasan yang mempunyai pengundi campur
berbanding majoriti Melayu.
“Sukar untuk Pas memenangi banyak kerusi tanpa bergabung dengan
mana-mana parti. Mereka mungkin berdepan dengan saingan sengit dengan
Harapan Baru dan BN jika meletakkan calon di sesebuah kawasan.
“Mereka juga mungkin akan berdepan dengan kekalahan kerana persepsi
rakyat Malaysia lebih cenderung memilih parti dalam gabungan berbanding
parti yang bergerak sendiri,” katanya.
2 orang berkata:
Rasanya analisis penanalisis politik UUM kurang t6epat mengenai Pas. Beliau masih beranggapan bahwa sokongan terhadap Pas hanya tertumpu pada negeri2 Pantai Timur, sedangkan beliau lupa bahwa pengaruh Pas sudah melebar hingga ke Sabah dan Sarawak. Dan jika dikaji secara detail, kebanyakan kemenenagan yang diperolehi oleh calon2 PKR dalam pru13 lalu adalah atas usaha gigih ahli2 Pas; manakala kemenangan Dap di kawasan2 bercampur, pengundi melayu memangkah calon Dap kerana dorongan Pas Dengan kemelut dalaman yang dialami oleh umno sekarang, tambahan dengan penyingkiran Mahyuddin dari kabinet, orang2 melayu umno berkumunkinan besar akan beralih kepada Pas menjadikan Parti Islam ini sebagai wadah baru. Pengundi2 umno ini tidak akan sesekali menyokong PKR atau GHB melihat telatah yang ditunjukkan oleh pemimpin2 mereka. Dengan ketegasan dan komitmen yang ditunjukkan oleh saf kepimpinan baru Pas sudah ada tanda2 anak2 muda melayu akan teruja menyertai Pas.
In shaa Allah mengatasi segala usaha
Post a Comment