Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WOW ADA PERHIMPUNAN LAGI

Himpunan Bersih 4.0 boleh dengan bersyarat
Khalid
Khalid
 
KUALA LUMPUR - Himpunan Bersih 4.0 pada 28 dan 30 Ogos depan hanya boleh diteruskan sekiranya pihak penganjur mematuhi peraturan dan undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak melarang mana-mana pihak berhimpun bagi menyuarakan pandangan masing-masing.

"Kita tidak melarang (berhimpun) tapi semua mesti ikut peruntukkan undang-undang sedia ada. Kalau tidak (gagal patuhi undang-undang) kita akan ambil tindakan.

"Penganjur bagaimanapun perlu membuat permohonan dan himpunan harus dianjurkan di tempat yang sesuai dan berunding dengan pihak polis," katanya.

Menurut Khalid, pihaknya tiada masalah untuk melayan setiap permohonan (untuk berhimpun) tetapi ada sesetengah pihak berdegil dan sengaja melanggari undang-undang ditetapkan.

"Bagaimanapun, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang mengajak orang awam berhimpunan di jalanan yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib berundur dari jawatannya.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, sehingga hari ini pihak polis masih belum menerima sebarang penafian daripada bekas Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga sekiranya benar beliau bukan penganjur kepada himpunan #tangkapnajib yang dijadualkan berlangsung hari ini di hadapan pusat membeli belah Sogo, Kuala Lumpur.

Ini susulan tersebarnya di media sosial risalah bahawa Ambiga mengajak orang ramai ke jalan raya, supaya Perdana Menteri berundur dari jawatannya.

"Saya tidak benarkan dan Ambiga ditawarkan ruang untuk menafikannya. Tetapi sehingga kini tiada sebarang penafian dari beliau.

"Jika perkara itu tidak dinafikan, Ambiga bileh ditahan mengikut Akta 124 Kanun Keseksaan," katanya.

Ujar Khalid, polis tidak akan memberi ruang langsung kepaada mana-mana pihak yang cuba  mengugat keselamatan negara.

“Saya mengingatkan kepada NGO, parti politik dan orang perseorangan supaya tidak mengambil kesempatan dalam keadaan sekarang. Saya tidak akan berkompromi dengan apa juga percubaan melanggar undang-undang demi menegakkan pandangan masing-masing.

"Kita ada cara mengikut undang–undang perlembagaan dan undang-undang untuk menukar kerajaan, patuhi dan ikut peraturan yang ada,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.