WOW, JEMPUTAN BERSIFAT SERAMPANG DUA MATA, PARTI DIJEMPUT INDIVIDUPUN DIJEMPUT, WAJARKAH WAN AZIZAH SEBAGAI PRESIDEN BERBUAT DEMIKIAN ? BUKANKAH ITU MENUNJUKKAN ADA MOTIF JAHAT, BAGI SAYA MAHFUZ ADALAH LEBIH BAIK TINGGALKAN PAS, DAN PAS JUGA JANGAN TERLALU BERTOLAK ANSUR DALAM MEMULIHKAN PARTI DARI ANGKARA PENGKHIANAT, JANGAN ADA GUNTING DALAM LIPATAN - Pak Karamu
Mahfuz: Saya bukannya hadir wakili Pas
SUBANG JAYA - Kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke
persidangan meja bulat hari ini adalah atas jemputan yang diterima
beliau secara peribadi dan bukan dibuat atas kapasiti Pas.
Malah menurutnya lagi, Pas tidak dimaklumkan mengenai kehadiran beliau dalam perbincangan yang menyaksikan pembentukan Pakatan Harapan.
“Mereka (Pas) tidak tahu saya datang hari ini dan saya hadir bukanlah mewakili Pas, saya datang sebagai individu yang dijemput sebagai pemerhati.
“Jemputan itu dibuat oleh presiden parti pembangkang dan saya hadir sebagai ahli pembangkang. Itu sahaja,” katanya selepas majlis pengumuman pembentukan Pakatan Harapan, semalam.
Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel di sini.
Pembentukan tersebut jelas dibuat tanpa kehadiran dan penglibatan Pas dalam persidangan meja bulat di sini.
Kata Mahfuz lagi, beliau juga tidak melihat sebab yang wajar untuk dikenakan sebarang tindakan tata tertib oleh Pas berhubung kehadirannya itu.
Mahfuz adalah satu-satunya ahli Pas yang hadir dalam perbincangan tersebut, meskipun partinya sebelum ini sudah menjelaskan untuk tidak terlibat dengan perbincangan meja bulat itu.
“Kalau ikutkan pandangan peribadi saya, saya akan katakana bahawa pakatan pembangkang harus bersatu. Mesti ada penyatuan untuk memberikan mesej yang betul kepada rakyat.
“…saya masih berharap agar semuanya bersifat terbuka. Baik DAP, Amanah, PKR dan Pas bersatu demi rakyat,” katanya lagi.
1 orang berkata:
Mahfuz dah buat presideng ngan 'cai' dia gelabah bewok. Kalau presideng berani...pecat la Mahfuz tu. Kalau berani la..
Post a Comment