Deklarasi untuk Najib berundur bukan rampasan kuasa
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir
berkata, matlamat Deklarasi Rakyat ialah mahukan Datuk Seri Najib
berundur sebagai perdana menteri.
Oleh itu, tegasnya adalah silap jika mengatakan bahawa Deklarasi Rakyat
tujuannya untuk merampas kuasa bagi menjatuhkan penguasaan kerajaan
Barisan Nasional (BN).
"Perlu difahami bahawa matlamat yang dipelopori oleh Tun Mahathir dan
semua yang menandatangani Deklarasi Rakyat ialah agar Datuk Seri Najib
berundur sebagai PM.
"Tiada langsung niat untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang memerintah ketika ini,"katanya dalam satu kenyataan.
Ujarnya, adalah tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Dr
Mahathir ini akan menguntungkan Pembangkang termasuk DAP.
"Adakah BN akan tumbang jika Najib undur? BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat.
"Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan PM yang baru - dari
kalangan Ahli-ahli Parlimen BN, bukan daripada Pembangkang," katanya.
Katanya, bagi mempertahankan kedudukan BN sebagai Kerajaan, Najib
perlu diganti pemimpin BN lain sebagai perdana menteri sebelum PRU14.
"Jika Najib masih memimpin BN hingga PRU14, BN akan menerima padahnya.
"Amarah Rakyat sudah tidak boleh dibendung lagi. "Tunggulah PRU nanti.
Kami tahulah apa nak buat". Itu yang kedengaran rata-rata dikalangan
Rakyat sekarang,"katanya.
Terdahulu, Dr Mahathir, yang mengambil keputusan keluar daripada Umno
pada 1 Mac lalu,Jumaat lalu bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang
dan bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno menandatangani
Deklarasi Rakyat mahukan Najib meletakkan jawatan perdana menteri.
Antara yang turut hadir menandatangani deklarasi itu ialah Tan Sri
Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Lim Kit Siang dan
Datuk Mustafa Ali.
4 orang berkata:
Kenapa agaknya yek....org2 pas skang neh dia punya suara dah ala2 suara org umno aka najib?
Yg sokong Najib hanyalah si pemakan2 dedak yg ditaburkan termasuklah pak lebai malang dlm Pas.
Tuang presideng Paa nak jd penasihat 25% ketua penyamun Najib, walaun2 melopong tunggu dedak.
KAH KAH KAH!!!
Buang najib dan ganti hadi jadi presiden umno
Kalau ahli Umno sokong orang tak heran tetapi ulamk yang tahu islam dalam Pas sokong itu yang menjadikan rakyat keliru.Peminpin Najis memang Zalim .menzalmi rakyat dengan tekanan kehidupan .apakah kita boleh menyokong peminpin zalim? ayat 113 dalam surah Hud tak sesuai ke digunakan untuk Najis ini? wahai ulamk Pas tolong jelaskan ,kami keliru ni.sokomng peminpion zalim boleh ke?.Pakarkarkarmu .tolong tanya presdien dan mursit am Pas.
Post a Comment