Anwar lebih tahu 'hati perut' Tun Mahathir
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih
mengetahui sifat sebenar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Demikian reaksi Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed
ketika diminta mengulas soal kandungan surat lapan muka surat yang
ditulis Anwar menyentuh soal kerjasama pembangkang dengan Tun Mahathir.
"Saya rasa Anwar Ibrahim jadi mangsa Tun Mahathir lama dulu, beliau tahu apa beliau cakapkan (dalam surat).
"Maksudnya, Anwar lebih mengetahui hati perut Tun Mahathir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat.
Sebelum ini, surat lapan muka surat bertulis tangan dipercayai dari
Anwar itu yang ditujukan kepada pemimpin-pemimpin PKR menyebut soal
gerakan selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Apa kisah surat daripada Anwar...']
Anwar memberi peringatan terhadap penglibatan pemimpin PKR dan Pakatan Harapan dengan Tun Mahathir dalam gerakan tersebut.
Dalam pada itu, Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri
berkata, tindakan Tun Mahathir yang melancarkan kempen menjatuhkan BN
dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai
menunjukkan sifat sebenar pemimpin itu.
"Kita pernah hormat dia sebagai pemimpin negara. Sekarang, beliau mahu
BN kalah dalam PRK. Ini menunjukkan ketidakikhlasannya yang sebenar,"
katanya.
Sementara veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kandungan surat itu pandangan Anwar sendiri. "Orang lain mungkin fikir lain," katanya.
Susulan desakan Tun Mahathir agar memastikan BN kalah dalam dua PRK
bulan depan, Tengku Razaleigh berkata Tun Mahathir suka membuat kejutan.
"Susah saya nak cakap kerana kamu tahulah Tun Mahathir suka buat kejutan dengan cadangan yg luar biasa.
"Saya sudah nak beri penilaian, pandangan," katanya.
5 orang berkata:
Pengakuan bahawa Zaharin menerima 500k dan dikredit terus ke dlm akaun peribadinya di Ambank telah dilafazkan sendiri oleh mulut Zaharin dlm satu RUANG BICARA TV BERNAMA CH 502.
Saya dpt rm500k dari dana 2.6b. Dato Sharir Samad dpt rm1 juta. 15 pimpinan PAS saya tak tahu dapat berapa dan untuk apa - Zaharin
Kemungkinan besar tu memanglah ada yg 15 pimpinan PAS ni termasuk dlm G18 yg keluar PAS.. tujuan asalnya utk memporak perandakan PAS.. oleh kerana sehingga kini gagal, duit pun dah nak habis terpaksa melutut pula depan DAP.. nak harap kepimpinan PAS pasca G18, jgn haraplah mmg tak de punya.. hmmmmh logik tuh.. tapi ini bukan tuduhan ini gosip bak kata nobody..
gucci belts
jordan shoes
air max
adidas ultra boost
michael kors factory outlet
air jordans
kobe shoes
chrome hearts online
fitflops sale clearance
kyrie irving shoes
nike air max 2018
michael kors outlet
adidas nmd r1
adidas nmd
adidas stan smith
longchamp
michael kors outlet
lebron 13 low
prada eyeglasses
reebok outlet
Post a Comment