Tindakan MT tak adil, kata Muhyiddin
DAMANSARA - Tindakan Majlis Tertinggi Umno (MT) membuat keputusan untuk
memecat bekas Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tanpa melalui proses
keadilan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan parti.
Menurut Muhyiddin, untuk berlaku adil, MT Umno sewajarnya memberikan
surat tunjuk sebab terlebih dahulu bagi membolehkan beliau dan Mukhriz
menerangkan sebarang asas berhubung tindakan mereka sebelum ini.
"Itu (keputusan) dibuat dengan kehendak mereka sendiri tanpa beri ruang
kepada kami untuk beri sebarang penjelasan,"katanya dalam sidang media
yang berlangsung di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana
Menteri turut memaklumkan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang
rayuan berhubung pemecatannya dari Umno.
Beliau berkata, negara sedang berhadapan dengan satu keadaan yang agak
membimbangkan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak yang kini berdepan dengan pelbagai skandal moral serta kewangan.
"Bagi saya, sebahagian besar rakyat marah dan tak puas hati dengan apa
yang berlaku dan mereka mengharapkan satu platform politik baru untuk
wujud bagi memberi pilihan supaya masa depan negara terus terpelihara
dan sebagainya," katanya.
Untuk tujuan itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa pihaknya mempunyai satu pendekatan yang lestari untuk jangka masa hadapan.
"Kita perlu adakan perbincangan di antara kita serta mereka yang
mempunyai pandangan sama dgn kita bagi membincangkan apakah tindakan
sewajarnya untuk kami ambil bagi menghadapi masa depan negara selepas
ini," katanya.
Kelmarin, MT memutuskan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.
Sementara, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu
berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi
(MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.
1 orang berkata:
instyler max 2
replica watches
nike blazer
cheap ray bans
ugg boots
air force 1 shoes
montblanc pens
replica watches
nike air huarache
washington redskins jerseys
Post a Comment