Pas tegas tolak campur tangan asing dalam isu negara
KOTA BHARU - Pas menegaskan pendirian menolak campur tangan asing dalam
menentukan sebarang keputusan penting melibatkan masa depan
Malaysia,kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Menurutnya, penegasan tersebut disuarakan berikutan bimbang wujudnya
agenda tersembunyi negara barat untuk masuk campur dalam urusan
pentadbiran negara-negara Islam di Asia Tenggara.
“Dalam isu 1MDB, Amerika ada hak dia. Dia ada undang-undang dia. Cuma
kita bimbang takut ada agenda politik lain sebab kita tahu Amerika ini
memang suka campur tangan dalam negara orang lain. Jadi kita bimbang dia
guna sebagai jalan mula untuk campur urusan negara kita.
“Dan pada pandangan politik saya, Amerika ini mewakili barat. Dia amat
takut kepada mana-mana negara Islam yang hendak kembali memerintah
secara Islam.
Sebab itu kita bimbang,” katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.
0 orang berkata:
Post a Comment