Aksi bersalaman Tun M-Anwar trending di media sosial
HARI ini dalam sejarah, apabila bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertujuan
menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi
mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Apa yang lebih menarik lagi, apabila sokongan itu disertakan dengan
tautan salam daripada kedua-dua pemimpin yang dikhabarkan sudah 18 tahun
'bermusuh'.
Adegan itu disaksikan oleh anggota polis dan hadirin yang hadir dalam
mahkamah berkenaan ketika tiada sidang. Mahathir juga kelihatan menepuk
bahu Anwar.
Maka tidak mustahil lah pertemuan itu yang dianggap sejarah menjadi
trending di media sosial hari ini. Malah ia turut mengundang respons
pemimpin politik daripada Umno-BN.
Terdahulu Anwar, yang juga bekas ketua pembangkang, memohon pengisytiharan bahawa Akta MKN bertentangan dengan perlembagaan.
Permusuhan kedua-dua pemimpin besar itu berlaku apabila Anwar dipecat
oleh Mahathir pada September 1998 atas dakwaan penglibatan dalam kes
liwat yang kemudian membawa kepada kes mahkamah.
Semenjak daripada insiden itu, Mahathir-Anwar merupakan seteru politik,
namun perhubungan mereka dilihat penganalisis politik semakin baik
sejak beberapa ketika ini.
Mahathir yang merupakan penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) kini dilihat semakin erat menjalinkan kerjasama dengan parti
pembangkang.
0 orang berkata:
Post a Comment