Bajet 2017: Ramai minta tambah duit BR1M
AKIBAT pendapatan yang kecil dan dibebankan lagi kos
hidup yang semakin meningkat, ramai yang mencadangkan agar kerajaan
dapat menaikkan jumlah wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam
cadangan Bajet 2017 yang bakal dibentangkan pada 21 Oktober depan.
Mereka berharap syarat pemberian BR1M dilonggarkan dengan jumlah
pendapatan kasar isi rumah dinaikkan dari RM3,000 kepada RM5,000.
Sementara tidak kurang pula yang mencadangkan kerajaan tidak perlu lagi
menyalurkan wang ringgit, sebaliknya digantikan dengan barang-barang
keperluan.
Sesetengah berpendapat, sesebuah keluarga berpendapatan RM5,000 sebulan
yang hidup di Kuala Lumpur sudah boleh dianggap sebagai keluarga
miskin. Oleh itu, mereka harap kerajaan boleh menyalurkan BR1M sebanyak
RM500 setiap bulan kepada setiap keluarga yang layak.
Demikian sebahagian daripada cadangan daripada rakyat jelata ke dalam
laman web, https://bajet2017.najibrazak.com yang disediakan oleh Perdana
Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai
penyediaan Bajet 2017 yang dibuka sejak 5 September lalu dan akan
ditutup 19 September ini.
Memetik laporan China Press, terdapat ramai yang prihatin mengenai kos
sara hidup, pendidikan, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan
ekonomi dan perumahan.
Sebagai contoh, ada yang mencadangkan supaya pemberian rebat 10 peratus
kepada yang membuat bayaran balik PTPTN berterusan selama 12 bulan
seperti tahun 2014 dan 2015 dahulu, diwujudkan semula.
Turut dicadangkan agar kadar rebat dinaikkan dari masa ke semasa
mengikut baki tahun bayaran balik pinjaman dan konsistensi bayaran
balik. Ini dapat menggalakkan peminjam untuk membuat bayaran balik
PTPTN.
Mengenai perumahan pula, tulis akhbar ini lagi, ada yang mencadangkan
kerajaan perlu membina lebih banyak rumah untuk rakyat berpendapatan
sederhana dan ke bawah selain memperbanyakkan rumah di kawasan yang
memiliki jaringan stesen LRT dan MRT.
Sementara dalam aspek pendidikan, kerajaan diharap menyediakan bajet
khas kepada sekolah-sekolah di Malaysia untuk menjalankan kelas bahasa
Tamil dan bahasa Cina tanpa mengira kaum serta melahirkan lapisan anak
muda yang berkebolehan untuk berbahasa lebih daripada tiga bahasa.
"Secara tidak langsung, dalam jangka masa panjang, kita dapat
mengelakkan isu perkauman serta meningkatkan perkembangan dalam industri
filem negara. Selain itu, satu peruntukan harus diberikan bagi
memartabatkan bahasa Melayu terutamanya terhadap golongan bukan Melayu,"
cadang seorang pengirim yang dipetik dalam laman web berkenaan.
5 orang berkata:
Apa cerita pasal warna duit pulak. Bukankah lebih berfaedah kalau beri penerangan pasal pindaan ruu355 yg pas buat.
Nak org sokong tapi penerangan malas nak buat. Apa punya PIGS
Dlm RUU 355 PAS, ZINA KENA REJAM KER ATAU KENA DENDA RM??
CURI BALAK KENA POTONG TANGAN KER KENA MASUK PENJARA???
HUKUMAN DALAM RUU355 TU SAMA DENGAN HUKUMAN DALAM QURAN KER ATAU CUMA IKUT APA DALAM KEPALA OTAK WALAUNTA??
Duit cikgu yik ker tu?
Elok la tu, pulangkan balik....
Lagi2 komen ruu355...komen lainlah brook,..komenlah yg kena pada tajuk..berakalaa sikit..
chicago bulls jersey
ralph lauren outlet
packers jerseys
jordan 4
49ers jersey
lacoste polo
christian louboutin outlet
nfl jerseys wholesale
cleveland cavaliers
fitflops
Post a Comment