Perpaduan negara musnah kerana hudud?
SHAH ALAM – Perpaduan di negara ini bakal musnah sekiranya Kelantan
diberi kebenaran untuk melaksanakan hudud di negeri tersebut.
Ketua pasukan Perlaksanaan Dasar dan Undang-undang Syariah, MCA Pusat,
Gan Ping Sieu mendakwa, sekiranya Kelantan diberi kebenaran, negeri lain
seperti Sabah dan Sarawak katanya, pasti akan berasa tidak selesa
dengan pelaksanaan itu.
“Saya risau dengan perpecahan negara kita ini.
“Sekiranya kita tingkatkan bidang kuasa hukuman, macam mana kita boleh
yakinkan yang hudud ni tidak akan dilaksnakan,” katanya ketika Wacana
Sinar Harian Siri 41, 'Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi'
yang diadakan di Auditorium, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf
(Karangkraf), hari ini.
Dalam pada itu, Ping Sieu berkata, beliau berasa risau dengan pindaan
tersebut memandangkan isi kandungannya masih belum diketahui secara
umum.
Malah beliau turut memaklumkan bahawa kenyataan Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini juga hanya menjelaskan secara umum
bahawa pelaksanaan ini mengikut ajaran syariah.
“Tindakan sebilangan ahli-ahli politik yang menggunakan agama dan
menggesa masyarakat Islam lain untuk menyokong pindaan ini harus
dibimbangkan.
“Mereka berkata semua masyarakat Islam harus menerima pindaan ini tapi
apa yang hendak disokong dan isi kandungannya juga masih belum
jelas,”katanya.
Oleh sebab itu, Ping Sieu mejelaskan bahawa tindakan berkenaan adalah
tidak adil buat masyarakat lain yang turut menetap di negara ini.
5 orang berkata:
Cakap merapu jer mca ni..
di malaysia sekarang dah ada hudud ke belum?
Sbb ada orang Melayu mengaku Islam pun sama tak nak
Mana mupti Genting yg suka kapir harbi org lain sesuka hati... ni cina kapiaq ni tak kapir harbi ka...
Penasihat ulung ulama' dunia tak nasihat PM ka suh UMNO jgn berkawan ngan MCA...
Post a Comment