Netizen: Adakah Tun benar-benar ikhlas?
TIDAK semua respons pelayar laman sosial berkenaan
salam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri
Anwar Ibrahim adalah positif.
Tinjauan Sinar Online mendapati ramai pelayar yang mempunyai syak
wasangka dan menganggap terdapat 'permainan' tersembunyi di sebalik
adegan itu.
"Kita hanya mengetahui satu perkara saja, iaitu DSAI sudah lama
memaafkan Tun. Perkara yang masih belum sahih dalam pengetahuan kita
pula ialah, adakah Tun benar-benar ikhlas dan insaf dengan kesilapan
yang dilakukannya masa lalu," kata seorang pelayar laman Facebook.
"Kita tidak tahu selindung di balik tabir. Kita tengok agenda politik
seterusnya, kita boleh dengar, tapi percaya kena fikir," kata Shahrizan
di laman sosial sama.
[ARTIKEL BERKAITAN: Aksi bersalaman Tun M-Anwar trending di media sosial]
"PKR lahir kerana perbuatan buruk Mahathir pada Anwar. Jika Anwar
bekerjasama dengan Mahathir. Apa lagi perjuangan untuk PKR?," soal Azman
pula.
Namun begitu terdapat sebilangan besar yang mendoakan kerjasama antara kedua-dua tokoh yang dikagumi ramai berkenaan.
"Sebak rasa di hati ni, semoga ALLAH beri kekuatan pada kedua-dua pemimpin," doa Zainal.
"Moga Melayu bersatu kembali,!" tulis Meor bersemangat.
Jelas sekali bahawa aksi bersalaman Tun M-Anwar membawa impak yang besar, tidak kira di luar atau di dalam media sosial.
Selain bersalaman, Mahathir juga kelihatan menepuk bahu Anwar ketika
beliau menghadirkan diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan tujuan
menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi
mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
0 orang berkata:
Post a Comment