Kenyataan Mujahid timbul tanda tanya
SHAH ALAM - Tindakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk
Dr Mujahid Yusuf Rawa menyelar Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr
Zulkifli al-Bakri berhubung kenyataanya sebelum ini yang menyokong
pindaan RUU 355 menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terpaksa
mengikut telunjuk rakan politiknya.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
at-Takiri berkata, sekiranya Mujahid tidak bersetuju dengan pandangan
mufti tersebut, beliau boleh berbahas dan memberikan pandangan serta
hujah secara rasional.
“Beliau boleh sahaja berbahas memberikan pandangan dan hujah secara
rasional dan bukannya dengan menyerang kedudukan dan kelayakan mufti
untuk memberikan pandangan dalam perkara penting seumpama ini,” katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Mujahid dilaporkan mengingatkan Zulkifli agar tidak
menggunakan kedudukannya dalam menjatuhkan hukum wajib atau tidak
berkaitan urusan undang-undang selepas mufti itu mengeluarkan kenyataan
mewajibkan semua ahli Parlimen Islam menyokong pindaan itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: RUU 355: Jangan guna kedudukan keluar hukum wajib
Dalam pada itu, Khairuddin memaklumkan bahawa alasan Mujahid kononnya
mufti belum mengetahui perincian cadangan pindaan untuk dikeluarkan
hukum adalah sangat dangkal dan mengelirukan.
“Bukankah teks rang undang-undang tersebut telah dibentang di Parlimen
iaitu antaranya ‘Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang
dibenarkan oleh undang-undang Syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang
disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas selain dari
hukuman mati’.
“Apa pula kewajaran sebahagian ahli parlimen dan orang awam di kalangan
bukan Islam berkempen untuk menolak cadangan pindaan Akta 355 sekarang
sebelum ada perincian dan sebelum dibahaskan?” soalnya.
Ujar Khairuddin, orang awam juga sudah jelas bahawa Akta 355 bidang
kuasa jenayah Mahkamah Syariah telah menyekat kuasa Mahkamah Syariah
untuk menghukum pesalah Syariah berdasarkan hukum syariat yang sebenar.
Tambahnya, seorang muslim yang sayang agamanya tentunya memahami
kewajipan memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah ini secara dasarnya
manakala seorang mufti yang mempunyai tanggungjawab pula menjelaskannya
dari sudut kewajipan beragama.
4 orang berkata:
Pak karamu korokkk
Banyok songeh la lebai dedak ni
Ada hukum boleh ambik 90juta ka lebai2 ooiiii..
0813jejebaskets running nike roshe run mesh femme noir blanche fleur Les fouilles new balance homme chaussure ont montré une fosse à ciel ouvert chaussure femme nike cortez blanche que les Grecs de l'âge du bronze chaussure nike air max 95 ultra jacquard pour homme utilisaient pour verser du vin acheter basket nike pas cher et pour déposer des figurines primitives de air jordan chaussure fr vos divinités adorées. L'argent Athènes adidas zx flux prix dh semble vraiment devenir une destination de asics femme pas cher running choix pour les vacanciers du nike air jordan 13 retro low monde entier. Pour plus d'informations concernant air jordan 5 diamond les espadrilles de sport, s'il vous plaît contactez-nous.
Post a Comment