Seleweng: Pengerusi bank, pengarah urusan didakwa
KUALA LUMPUR - Pengerusi sebuah bank bergelar 'Tan Sri' dan Pengarah
Urusan bank sama bergelar 'Datuk' akan didakwa di Mahkamah Sesyen di
sini pagi ini berhubung kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai
hampir RM15 juta.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk
Azam Baki berkata, kedua-dua mereka akan didakwa atas beberapa
pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.
Pada 30 Ogos lepas, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan
SPRM untuk menahan reman lelaki berusia 65 tahun bergelar Tan Sri itu
selama tujuh hari sehingga 5 Sept bagi membantu kes penyelewengan dana
penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.
Lelaki bergelar Datuk berusia 48 tahun itu pula ditahan reman tiga hari
bermula 26 Ogos oleh mahkamah sama bagi membantu siasatan kes sama. -
Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment