Indonesia bebaskan bot nelayan yang ditahan
LUMUT - Sebuah bot nelayan tempatan yang membawa lima awak-awak
dibebaskan semalam selepas ditahan pihak berkuasa Indonesia di sempadan
perairan Malaysia-Indonesia, berhampiran Pulau Jarak dekat sini, Ahad
lalu.
Menurut kenyataan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pusat Operasi
Markas TLDM menerima satu panggilan kecemasan daripada Rakan Maritim
(Rakam) mengenai penahanan itu pada jam 3.15 petang, Ahad lepas.
Berikutan itu, TLDM melancarkan operasi bersepadu menggunakan sebuah
pesawat Super Lynx dan dua kapal KD Handalan serta KD Laksamana Tun
Abdul Jamil bagi memintas pihak berkuasa Indonesia sekaligus mengelak
bot berkenaan ditunda ke kawasan perairan negara jiran.
"Bagaimanapun, bot berkenaan ditunda ke Belawan, Indonesia, namun TLDM
telah membuat rundingan awal dengan pihak berkuasa Indonesia mengenai
kejadian tersebut.
"Hasil rundingan diplomasi dan hubungan akrab serta semangat setiakawan
antara Malaysia dan Indonesia telah membawa kepada pembebasan bot itu
kira-kira jam 9.30 pagi semalam," demikian menurut kenyataan TLDM di
sini hari ini.
Kesemua awak-awak berkenaan dilaporkan selamat tiba di Pantai Remis dekat sini semalam. - Bernama
1 orang berkata:
MANA JAWATANKUASA PENERANGAN PINDAAN RUU 355. HARI INI BUAT PENERANGAN DI MANA??
ADAKAH DALAM PINDAAN INI NANTI PAS BUAT SEPERTI DALAM QURAN ATAU IKUT HUKUM AKAL PAS SAHAJA? ADAKAH ZINA AKAN DIDENDA DGN RM? ADAKAH MENCURI TIDAK DIPOTONG TANGAN???
PRU 15 NAK PINDA LAGI?
Post a Comment