Ada parti cuba gagalkan RUU
KUALA TERENGGANU – Parti tertentu didakwa bersungguh-sungguh untuk
mencari kelemahan berhubung pembentangan Rang Undang-Undang (RUU)
Persendirian Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
(Pindaan 2016) dengan tujuan untuk menggagalkan pelaksanaannya di negara
ini.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abd Rani berkata,
segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan Pas akan menggunakan
pelbagai pendekatan mewujudkan persepsi salah kepada rakyat.
Azman Shapawi berkata, mereka disifatkan berpolitik kerana RUU itu
dibentangkan oleh wakil rakyat Pas yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang dengan mencari ruang untuk menimbulkan persepsi
kurang baik dalam kalangan rakyat.
“Mereka bersikap politik, kalau orang lain yang buat (bentang RUU)
bukan daripada kita (Pas), tidak mengapa tetapi kalau kita, mereka rasa
tidak betul. Ada parti yang bersungguh-sungguh cari kelemahan untuk
menolak RUU itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut parti terbabit yang dimaksudkan
namun memberitahu bahawa pembentangan pada sidang Dewan Rakyat Oktober
depan akan memberi peluang kepada semua pihak membahaskan perkara itu.
Menurutnya, semua pihak termasuk yang tidak berpuas hati boleh
mengambil bahagian untuk membahaskannya dengan hujah masing-masing.
“Insya-ALLAH, ia akan dijawab oleh Ahli Parlimen Marang dengan hujah
yang ada. Ini juga membuktikan kita mengikut saluran yang betul,
bukannya melalui pintu belakang,” katanya.
Di samping itu, beliau turut memberitahu bahawa persepsi salah
berhubung pembentangan itu juga berpunca daripada ketidakfahaman
individu berhubung perkara berkait.
Beliau turut membetulkan persepsi bahawa ia bukanlah pelaksanaan
hukuman hudud sebaliknya menegaskan RUU tersebut bertujuan memartabatkan
bidang kuasa mahkamah syariah bagi membolehkan hukuman sedia ada
dipertingkatkan.
Menurutnya, pindaan sebegitu turut berlaku kepada hukuman-hukuman
melibatkan kes-kes jenayah berat dalam negara termasuk dadah dan juga
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini.
“Pindaan RUU Akta 355 ditingkatkan daripada yang rendah kepada tinggi.
Ia bukan hudud kerana hukuman hudud adalah potong tangan bagi kesalahan
mencuri, melibatkan hukuman rejam dan pancung bagi murtad. Yang ini
bukan hudud, hudud perlu sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen
sedangkan yang ini bertujuan untuk tingkat hukuman berbanding sedia
ada,” katanya.
17 orang berkata:
Betul ustaz kena bahas dulu, jangan asyik paksa orang setuju dengan alasan politik. Jelaskan dengan terperinci bukan asyik salahkan orang yang tak faham. Balik-balik jawapan mesti sokong tapi penjelasan dan penerangan tidak dikeluarkan. Kalau keluar pun sorang cakap lain yang sorang lagi cakap lain.
Kalau aku yang jadi pemimpin terus aku laksanakan mintak sign agung lulus kan lagi pon RUU ini bukan undang undang baru.tetapi kalau dan kenaikut cara parliment ikut aja la. sekiranya 10.24 pm seorang ugama islam sokong aja. x payah nak mengajar orang. selamat hari raya Eidul Adha
Bahas dulu bro....bukan menentang. Tak baik tuduh2.
Jangan u-turn tau.
Belum bentang dah suruh sokong.
Belun cangkung dah berak.
Belum masuk dah pancut.
Apa punya baghal....
Walaunta sedara PIGS ni tak pahan bahasa kot...
Amanah kata, ruu tu belum bentang lagi, belum bahas, camner nak sokong? Tak kan bahasa mudah mcm tu pun sedara PIGS tak paham?? Tak kan sampai nak kena bagitahu guna bahasa tok dia???
Apa la bengap sangat...
Nak sokong pun tunggu ler menda tu dibentang dab dibahas. Bagi orang lain faham betul2 dulu. Undang2 tak bole buat main cincai2. Ko naj masuk neraka kot buat undang2 ikut kepala hotak ko??? Ko nak tanggung kalu menda tu tak betol???
Tu pasal kena bentang, kena bahas. Jangan asyik nak maki orang. Kang aku maki ko balik tau marah pulak..
Cibai la.
Azman sapawi tu sapa?
Menteri undang2 islam?
Dulu sibuk hudud. Sampai ada yg janji nak letak jawatan. Habuk tarakkk.
Skang sibuk ruu. Ambik kesempatan kutuk Amanah walaupun RUU 355 belum dibentang. Habuk pun tarakkk.
Bising je lebih.
Orang politik memang pandai jual agama.
Aku rasa umno tak ada masalah nak sokong ruu 355. Tapi kalu hudud, rasanya tak sokong kot!!
Kalau orang Islam mesti la persoal sbb Islam muliakn akal Dan insan. Kalau cadangan nabi pun blh dipersoal sama ada Dari tuhan atau cadangan baginda semata, xde plak nabi nak marah.. Apa parti pas yg bawak ruu 355 (bkn hudud walau dulu dok nyanyi Kara hudud) lg hebat Dari nabi ke?
Nampak sangat Pan jenis parti mcm mana. Betul la jdi proksi Dap. Sanggup buat apa saja asalkan blh makan dedak Dap.
PIGS jgn jadi bodoh.
Bentang dulu baru suruh org sokongn.
Ni blm bentang nak sokong apa benda? Apa bendanya yg nak disokong??
Banyak sgt makan dedak jibon ni
Betul. Masalahnya negara kita guna sistem berparlimen. Beza tenga berunei, Arab Saudi. Sistem mereka monarki.
Lebih bagus jika sistem khalifah
Tak boleh guna bahasa elok sikit ke..? Mak bapak awak tak ajar bagaimana nak beradap.?
Yang nak dibentang hanya RUU355 bukannya HUDUD tetapi bercerita bagaikan RUU355 itu adalah undang-undang Islam, paksa semua orang sokong dan keluarkan kenyataan eajib pula tu tanpa bentang. Sekali lagi pertanyaan RUU355 itu adakah hukum Islam (Hudud, Kisas atu Takzir)? Kalau bukan tak perlulah nak paksa tetapi bentang dahulu beri menerangan dengan jelas. Janganlah merosakkan nama Islam hanya sekadar meraih populariti semata-mata.
Terdiam PIGS...
Sedap je ckp org barua pencacai dap.
Undang2 xtau jgn berkilas!
Cangkung dulu baru berak!
Luuuu melayu mulut maki hamun macam budak tadika.tarak sapa menang semua ikut serakah.
Post a Comment