'Tiada alasan hudud dibawa ke Parlimen'
SHAH ALAM - Pas menegaskan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian
Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 yang dibawa
oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat
bukan undang-undang hudud.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerana undang-undang hudud tidak boleh dibawa ke Parlimen.
"Jika mengatakan cadangan meminda Akta 355 sebagai rang-rang hudud
adalah sesuatu tidak betul. Hudud adalah undang-undang yang dibuat oleh
negeri. Tiada alasan hudud dibawa ke Parlimen .
"Jadi saya tegaskan hudud tidak boleh dibawa ke Parlimen, oleh sebab
itu kita (Pas) pada 1983 kerajaan Kelantan meluluskan satu enakmen
berkaitan dengan hudud di Dun Kelantan.
"Dan 2002 Terengganu luluskan enakmen hudud, qisas dan takzir di Dun
Terengganu," katanya dalam wacana Sinar Harian 41 yang berjudul
'Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi 'di Dewan Sultan Muhammad
V, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
1 orang berkata:
louis vuitton
kate spade handbags
ugg outlet
michael kors handbags
tory burch outlet online
tommy hilfiger clothing
michael kors handbags
coach handbags new
louboutin shoes
knicks jerseys
20171.11chenjinyan
Post a Comment