Deklarasi: Tun M akui gagal yakinkan Agong
PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau gagal meyakinkan
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk bertindak
berhubung deklarasi yang beliau usahakan.
Bekas perdana menteri itu berkata, semasa menghadap selama 70-minit di
Istana Anak Bukit, Alor Setar, bulan lepas, beliau turut menunjukkan
kepada Seri Paduka gambar deklarasi berserta tanda tangan.
"Dukacita, kami tidak mendapat jawapan positif. Semasa pertemuan itu,
Agong juga menyoal saya dengan serius tentang peruntukan undang-undang
dan saya beri penjelasan.
"Bagaimanapun, di penghujungnya, saya tidak dapat meyakinkan baginda,"
kata Dr Mahathir, juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, pada
sidang media di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 21 September, berkata
Tuanku Abdul Halim telah menjelaskan kepada Dr Mahathir yang baginda
tidak boleh mencampuri urusan Bersatu.
Najib berkata Agong mengambil perhatian terhadap isu ditimbulkan Dr
Mahathir oleh kerana deklarasi itu tidak mengikut perlembagaan, dan
sebarang tindakan hendak diambil mestilah menerusi Parlimen dan sistem
pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan.
Mengenai sembilan lelaki Australia yang memakai seluar dalam 'Jalur
Gemilang' di perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia di Sepang pada Ahad, Dr
Mahathir berkata perbuatan itu menghina negara.
Beliau berkata budaya Malaysia berbeza dengan beberapa negara lain di mana berpakaian menjolok mata di khalayak ramai itu 'Ok'.
Pada Ahad, polis menahan lelaki Australia itu berusia antara 25 dan 29
tahun kerana dianggap menimbulkan provokasi dan mengenakan pakaian
menjolok mata di perlumbaan tersebut. – Bernama
3 orang berkata:
Aku pun tak yakin dgn Pas
Tunggu saja PRU.
Aku tak yakin hadi akan jadi pm.
Aku yakin kelantan terbang.
Post a Comment