Rasuah di jabatan kerajaan tidak patut berlaku
SHAH ALAM – Penemuan serta rampasan aset dan wang tunai berjumlah RM112
juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan
negara sedang diselimuti dengan gejala rasuah yang serius.
Pengerusi Malaysian Community Care Malaysia atau Yayasan Keperihatinan
Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak berkata, kes seperti itu tidak
sepatutnya patut berlaku dalam sebuah jabatan penting yang telah diberi
tanggungjawab memberikan perkhidmatan kerajaan terbaik kepada rakyat.
“Belum pun reda kes beberapa pegawai kanan sebuah PBT yang didakwa
terlibat skandal rasuah termasuk dalam bentuk aset mewah seperti
kondominium dan sebagainya baru-baru ini, negara sekali lagi digemparkan
dengan kes pegawai kerajaan di Sabah.
“Sekiranya kerajaan benar-benar mahu berusaha secara radikal dalam
memerangi rasuah, maka tindakan susulan yang lebih agresif dan radikal
juga wajar diambil termasuk terhadap semua golongan bermula dari
pemimpin negara sehinggalah kepada rakyat biasa,” katanya dalam
kenyataan hari ini.
Halim berkata demikian ketika mengulas laporan rampasan wang yang
terbesar dan penahanan dua pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan kerana
disyaki menyalahgunakan kuasa.
Sehubungan itu, pihaknya sedia memberikan komitmen serta kerjasama
dengan mana-mana agensi penguat-kuasa kerajaan bagi memastikan perasuah
dikenakan tindakan wajar.
“Tidak ada pihak yang boleh terselamat di sebalik kuasa yang mereka miliki sekiranya mereka terlibat dengan rasuah.
“Rasuah tidak akan berjaya sekiranya pelaksanaannya hanya pada rakyat
dan orang kebanyakan sedangkan golongan elitis dan pemimpin-pemimpin
atasan termasuk ketua-ketua agensi kerajaan dibiarkan melakukan
sewenang-wenangnya,” katanya lagi.
3 orang berkata:
Cam tu lah Pak. Serang kerajaan korup bukan lagakan antara kita.
Kita tunggu lagi mana mana penjawat awam yang rasuah..ramai lagi tu.....lu tunggguuuuuuuu
louis vuitton
kate spade handbags
ugg outlet
michael kors handbags
tory burch outlet online
tommy hilfiger clothing
michael kors handbags
coach handbags new
louboutin shoes
knicks jerseys
20171.11chenjinyan
Post a Comment