Ezam tinggalkan Umno, sertai Bersatu
SHAH ALAM - Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor kini dilaporkan
menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diterajui bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Memetik laporan portal berita Astro Awani, Ezam telah mengadakan
pertemuan dengan Mahathir dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin
bagi menyerahkan borang keahlian parti.
"Saya bertemu Mahathir pada Selasa dan menyerahkan borang keahlian kepada Muhyiddin pagi semalam (Rabu)," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Nilai kepimpinan Umno sudah rosak']
Mohamad Ezam sebelum ini lantang menentang pentadbiran Mahathir sejak
era reformasi pada 1998 selepas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
dipecat sebagai timbalan perdana menteri.
Beliau yang merupakan orang kanan kepada Anwar itu meninggalkan PKR dan
menyertai Umno pada Mei 2008 untuk bersama-sama berkempen menentang
pembangkang.
Namun, baru-baru ini beliau memilih untuk keluar Umno dengan alasan
parti itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang rasuah.
Katanya, keputusan berkenaan dibuat bagi mempertahankan prinsip perjuangannya sekaligus melakukan perubahan di negara ini.
Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Anwar ketika pemimpin pembangkang terbabit berada dalam kerajaan.
Ekoran penyingkiran Anwar, Mohamad Ezam menyertai gelombang reformasi dan pernah menjadi Ketua Pemuda PKR antara 1999 dan 2005.
15 orang berkata:
Dia ni klu masuk pas ok kot
Nilai kepimpinan parti walaunta juga sudah rosak. Hutan simpan rosak. Air sungai rosak. Kg org asli rosak. Balak rosak.
Otak pun rosak.
Tak ada beza syiah, takfiri, wahabi. Semua kuar hukum nak jadi tuhan
Dulu time kedah buat ruu utk memartabatkan mahkamah syariah, wakil walaunta pun mati2 tak mau sokong. Skang parti walaunta buat ruu, dia mintak org sokong pulak.
Mana aci....
Ini dah kira main tipu ni
Tak aci la woiii
Nak tanya pak keramu:
Bila walaunta kata org amanah tu berwalikan LKS (sesat/ kapir), apa hukum dia? Dia kena mintak maaf tak? Kena mintak maaf kat semua ahli amanah kan? Ribu2 orang kan... kalu tak sempat, kalu org tak maafkan bole masuk syurga ker?
Ker bole masuk sbb ada no ahli parti salahnya??
Kompius la....
Takfiri, syiah, taliban tu 2 X 5 kan? Ostat takfiri, ostat syiah, ostat taliban pun kira 2 X 5 juga kan??
KALU HUTAN SIMPAN PUN KAU KEBAS, HABIS TU BABI DALAM BUKIT NAK DUDUK MANA??
Alasan terbaik nak libas balak di zimbabwe ialah mengadakan projek tanam durian kunyit......
Pelik kan walaunta kat uganda. Dia tanam durian kunyit tapi hasilnya
kayu balak
Tu yg walaunta kat uganda berebut2 tanam durian kunyit kat hutan simpan tu..
Kat kebun sendiri dia tanam hutan pulak. Buat tempat tinggal BABI dalam bukit.
Kerajaan negeri di uganda yg ditadbir walaunta cari makang dengang melahap balak hingga kawasan rizab sungai pun licin. Bila air sg uganda mcm air teh tarik, dia kata takdir tuhan.
Nasib baik kat gua musang berjanggut tak mcm tu.....
Sepatutnya ezam join ikatan kadir bow tie. Dapat sorang ahli baru jadilah 101 org. Pas pasti rasa bangga.
Alaa pak keramu...
Buat apa jaga mamat ni..
Jaga la tuang president mu tu
Ketua pemuda zimbabwe tu harap serban dia aje tebal berbelit2. Nak bayar hutang pun berbelit2 jugak
Nak cari duit asyik tebang balak aje. Sesekali tu kenalah mintak derma kat negara arab pulak. Manalah tau dapat 2.6 bilion....Otak tu kenalah kreatif dan inovatif.
Ko tanam aje la nak bapak ko sendiri kat jirat cina tu.
Post a Comment