Kebakaran HSA: Mangsa maut meningkat 6 orang
JOHOR BAHRU - Enam pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)
Hospital Sultanah Aminah (HSA) disahkan meninggal dunia dalam kejadian
kebakaran membabitkan tingkat dua hospital berkenaan kira-kira jam 9.00
pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Othman Abdullah berkata,
seorang mangsa dipercayai kakitangan yang berada di wad ICU berkenaan
dilaporkan selamat.
Katanya, bomba menerima panggilan kira-kira jam 8.56 manakala 10
jentera dan 160 anggota bomba daripada Balai bomba dan Penyelamat, Johor
Bahru, Tebrau, Kulai dan Johor Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian untuk
memadamkan kebakaran.
[ARTIKEL BERKAITAN: Wad ICU Hospital Sultanah Aminah terbakar]
"Kebakaran melibatkan tingkat dua bangunan hospital berkenaan namun ia
tidak merebak ke aras lain. Bomba berdepan dengan kesukaran mengesan
mangsa berikutan asap tebal termasuk untuk memadamkan kebakaran,"katanya
ketika ditemui media, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten
Komisioner Sulaiman Salleh berkata terdapat 294 pesakit dirawat di
bangunan hospital ini serta 193 kakitangan berada dalam bangunan ketika
kejadian.
"Manakala di wad ICU terdapat 7 pesakit dan 8 jururawat berada diwad
ketika kejadian bagaimanapun hanya satu pesakit lelaki dapat
diselamatkan yang turut melecur 80 peratus.
"Mangsa yang mati melibatkan empat pesakit wanita dan dua lelaki
berusia lingkungan 50 tahun yang ditemui rentung dalam wad tersebut,"
katanya.
Semua jururawat yang bertugas di wad ICU berjaya diselamatkan bagaimanapun tiga daripadnya sesak nafas akibat asap tebal.
Siasatan awal mendapati punca kebakaran disebabkan pendawaian dan polis bagaimanapun mengesahkan tiada unsur jenayah.
2 orang berkata:
harus uji layak
jangan pakai lagi tuh bangunan
Post a Comment