Bersih 5: Impak tidak sehebat dahulu
SHAH ALAM – Penganalisis politik berpandangan Bersih 5 yang bakal
diadakan November nanti tidak akan memberi impak yang berkesan terhadap
rakyat dan kerajaan.
Ini kerana menurut penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir,
rakyat kini sudah letih untuk mengikuti dan menyertai pelbagai siri
himpunan anjuran pembangkang.
“Saya rasa yang dulu (Himpunan Bersih 1 dan Bersih 2) lebih hebat,
kesannya mungkin tidak seberapa kerana rakyat sudah letih dan muak
dengan setiap himpunan jalanan. Hasilnya (dari himpunan) tetap tiada.
“Mungkin yang kelihatan berbeza sedikit berbanding dahulu adalah
himpunan ini digerakkan di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi
Sinar Online.
Beliau juga percaya rakyat tidak perlu banyak berhimpun di jalanan untuk menyuarakan kehendak masing-masing.
Jelasnya lagi, tindakan seperti itu hanya akan mengeruhkan keadaan
semasa negara seperti mana yang berlaku di beberapa negara lain.
Jeniri dalam masa sama turut menasihatkan kumpulan Baju Merah dan
Bersih mengawal tingkah laku dan berhati-hati dalam mengeluarkan
kenyataan.
“Kedua-duanya perlu kawal tingkah laku dan kawal emosi. Perlu
diingatkan, tindakan yang melampau boleh menjerumuskan kita ke dalam
kancah yang merugikan.
“Jangan keluarkan kenyataan yang menghasut atau tidak disukai orang
lain. Jangan sampai pertembungan kedua himpunan ini merosakkan hubungan
rakyat dan sistem demokrasi negara,” katanya lagi.
6 orang berkata:
fatwa dah tukar..dah x jihad dah hehe...
Tiada apa2 pada penganalisis yang makan dedak.
Klu x ada bersih dulu, jgn harap la walaunta nak rasa nikmat duit balak dan duit cikgu yik mcn hari ni.
Tak caya?
Tengok aje la lepas pru14 ni nanti.
Walaunta angkut kain baju balik kampung, tangkap ikang belukang... no keahlian bole simpan dlm muzium.
Marah sungguh anon2 smua ni dekat PAS noh...semoga ampa semua dapat hidayah dari Allah s.w.t...in sya Allah
Kaki fitnah, kaki membarua, kaki takfir kena la kita sedarkan bro. Kalu kita tak tegur sampai mati walaunta ni tak sedar2 boh.....
Post a Comment