Jangan ganggu siasatan SPRM
KOTA KINABALU - Tidak ada pihak harus mencampuri atau dilihat
mencampuri siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
berhubung pemberian projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion di
Sabah.
Dalam satu kenyataan, bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah,
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihak-pihak berkenaan tidak wajar
membuat sebarang kenyataan umum atau pengakuan tidak bersalah agar tidak
berlaku tolak ansur terhadap integriti siasatan SPRM.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rampasan terbesar RM114.5 juta di Kota Kinabalu]
Mengenai kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin
Kitingan tentang pemberian projek infrastruktur asas, Shafie berkata:
"Adalah agak pelik dan jenaka melihat pihak berkuasa negeri
tergesa-gesa mengaku tidak bersalah secara umum dan mengalihkan
kesalahan kepada Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, sedang
siasatan SPRM masih berjalan.
"Ini menyebabkan saya memberi respons terhadap kenyataan Tan Sri Joseph
Pairin Kitingan berhubung pemberian projek bernilai RM3.3 bilion yang
berkaitan penangkapan dua pegawai kanan kerajaan negeri baru-baru ini.
"Dinyatakan bahawa projek itu diberikan pada 2010 semasa penggal saya
sebagai Menteri yang tertanggungjawab terhadap Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah.
"Ia juga menunjukkan bahawa projek itu tidak dikendali oleh kementerian
saya," kata Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna. - Bernama
1 orang berkata:
Tokey pengebas balak kat pantai timur semenanjung uganda tu bila la nak kena cekup..... dah tak nyenyak tidor malam la tur...
Post a Comment