Parti pembangkang menanti keputusan Pas
1. SEMUA parti pembangkang sedang memerhati dan
menanti keputusan Pas. Sebahagiannya menyatakan sukar membaca strategi
Pas. Mereka menaruh harapan agar Pas menyertai barisan yang mereka
bentuk untuk menentang Umno dan BN dengan formula satu lawan satu.
2. Secara mikronya saya melihat mereka sedang mengalami gangguan delusi
di pentas politik tanah air, barangkali kesan dari tindakan
terburu-buru menubuhkan parti - parti baru yang kononnya akan membawa
mereka menang cepat mengatasi Umno dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU)
ke-14.
3. Justeru itu tidak pelik apabila mereka menyerang Pas bertali arus
dengan tujuan mahu melunturkan pengaruh dan sokongan Pas. Mereka hina
dan perkecilkan Pas sebagai sebuah parti yang tidak boleh bersaing dan
seiring dengan mereka untuk menuju garis kemenangan PRU14 kelak.
Hormati Islam dan tidak menentangnya
4. 1001 fitnah dan tohmahan telah dilontarkan kepada Pas. Kononnya Pas
makan dedak Umno, mesra Umno, masuk perangkap Umno, ditipu oleh Umno dan
sebagainya. Objektif mereka ialah memberi persepsi negatif kepada Pas.
Namun realitinya, Pas tidak mudah untuk diperdaya oleh mana-mana pihak.
Ia berjuang di atas paksinya yang teguh iaitu Manhaj Perjuangan Islam
yang dianuti dan prinsip kebenaran yang didukung.
5. Sebetulnya, Pas sangat berlapang dada dan mudah berkira bicara
dengan mana-mana pihak asal sahaja dasar dan prinsip perjuangan Islamnya
dihormati dan tidak ditentang. Tiada yang lebih penting bagi Pas selain
Islam. Pemimpin dan ahlinya yang Istiqamah hanya meletakkan Islam
sebagai hadaf (matlamat semasa) dan reda ALLAH SWT sebagai ghayah
(matlamat akhir).
Gerakan Perubahan
6. Perubahan adalah suatu yang wajib dilakukan bagi membebaskan tanah
air tercinta dari kemungkaran politik, kefasadan ekonomi, kebejatan
sosial dan kerakusan pemimpin yang tamak haloba. Namun perubahan yang
dimaksudkan mestilah ke arah yang lebih baik dan tiada yang lebih baik
selain Islam.
7. Perubahan yang mahu dilakukan juga adalah perubahan total dengan
meruntuhkan jahiliah dan membina Islam serta keadilannya di atas
runtuhan jahiliah. Kita tidak boleh melakukan perubahan hanya pada
ranting tapi mengekalkan dahan yang reput. Kita tidak mahu meruntuhkan
jahiliah kemudian membiarkan jahiliah baru terbina di atas runtuhan
jahiliah lama.
Pas Memimpin Perubahan
8. Pas sudah berpengalaman menyertai pelbagai bentuk pakatan politik.
Antaranya ialah Perikatan, APU, CCC, Barisan Alternatif, PR dan kini
Gagasan. Mengolah segala pengalaman yang dimiliki, Pas menegaskan secara
muktamad bahawa kini sudah sampai masanya Pas memimpin perubahan. Suatu
perubahan yang menuju Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negara dan
Keredaan ALLAH SWT.
9. Siapa pun boleh mengharapkan Pas sebagaimana mereka juga pada bila -
bila masa boleh datang kepada Pas untuk menyertai gagasan memimpin
perubahan ini. Syaratnya terlalu mudah malah senang untuk dihafal iaitu
hormati prinsip perjuangan Pas dan tidak menentang Islam yang
diperjuangkan oleh Pas.
DAP Menentang Islam
10. Realitinya, DAP masih tegar menentang Islam yang diperjuangkan oleh
Pas. Maka polisi semasa Pas ialah menolak DAP dan mana-mana parti yang
mendukung serta bekerjasama dengan DAP. Justeru itu, sifir mudah bagi
mereka yang mahu bersama Pas ialah meninggalkan DAP dan datang kepada
Pas dengan semangat setia kawan yang tinggi serta mematuhi syarat mudah
iaitu menghormati prinsip perjuangan PAS dan tidak menentang Islam yang
diperjuangkan oleh Pas.
*Inilah Penyelesaian Kita
Sekian.
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan Pas
6 orang berkata:
Geng unity mesra umno
Rasanya dia tau x pasal 90 juta derma umngok...
Bila nak saman ,,,lawyer apa korang guna...loyar buruk ke..
Kakakakaakakakakakakaka
Sejujurnya saya katakan PAS tidak akan boleh menang jika bersendirian. UMNO sendiri perlukan BN utk terus berkuasa. Jika umno sendirian, sudah lama umno berkubur.
Oleh itu saya berharap, pemimpin PAS perlu bekerjasama dengan semua pembangkang yg ada jika ingin memerintah walau satu negeri lagi. Beralah tidak semestinya salah
Tak payah la.
Pas kan kuat.
Hadi boleh jadi pm tu.
Parti yg bengap aje sanggup kerjasama dengan parti walaon semalaysia ni.
Parti kencing kuat tu...
Pas tak payahlah sibuk2 pikir pasal pru. Pas kena tumpukan 100% kat ruu 355 yg mereka cipta tu.
Post a Comment