Harussani sokong pinda RUU 355
IPOH - Setiap ahli parlimen beragama Islam daripada Pas, Umno dan PKR
digesa memberi sokongan penuh kepada pindaan Rang Undang-undang (RUU)
355 yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat.
Gesaan itu dibuat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mahu
melihat usaha memperkasakan institusi mahkamah syariah berjaya
dilaksanakan setelah berpuluh tahun diperjuangkan.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan ada sesetengah wakil rakyat
daripada Umno dan PKR enggan memberi sokongan terhadap usaha yang dibawa
Pas itu.
“Itu salah, kerana sebagai orang Islam, mereka mesti menyokong sebarang
usaha untuk menaik taraf mahkamah syariah dan saya sendiri mengharapkan
semua ahli parlimen Melayu dan beragama Islam bersatu menyokong perkara
ini.
“Jika semua memberi sokongan, Insya-ALLAH ia akan dapat diluluskan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Harussani berkata, usaha untuk meningkatkan status mahkamah syariah
sudah lama dibincangkan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
dengan barisan hakim-hakim sejak 1970-an lagi yang mana pada ketika itu
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 diguna pakai.
Katanya, perkara itu kemudiannya membawa kepada penubuhan jawatankuasa
yang bertindak merangka undang-undang dan akhirnya mendapat persetujuan
peguam negara.
“Setelah berpuluh tahun, perkara ini dibawa ke Parlimen sekarang, saya
amat bersetuju dengan rang undang-undang ini dan mengharapkan sidang
Parlimen meluluskannya,” katanya.
Beliau berkata, pendapat mengatakan pelaksanaan undang-undang berkenaan
akan mengambil alih kuasa raja-raja sama sekali tidak benar.
Menurutnya, setiap hakim dilantik atas persetujuan Yang di-Pertuan
Agong dan itu menunjukkan raja-raja memberi kuasa terhadap bidang kuasa
hakim syariah.
“Apabila berlaku (kes bicara) dalam negeri pula, hakim yang
membicarakan orang bicara itu dilantik pula oleh Duli Yang Maha Mulia
Sultan negeri-negeri berkenaan. Jadi tak ada isu menghilangkan kuasa
raja-raja dan sebagainya,” katanya.
6 orang berkata:
RUU 355 ni ciptaan parti walapun. Bukan hukum dalam quran pun.
Betul ke KALU tak sokong ruu 355 ciptaan walaunra tu kira jatuh iman? Tunjuk ayat boleh?
Ruu 355 tu org kata nak naikkan martabat mahkamah syariah aje kan.. kalu tak sokong mati kena tanam kat jirat cina ker? Tunjuk hadis mai cuba..
Dua tiga tahun dulu masa rajin turun jln raya walaunta gelar harussani dgn mcm2 gelaran. Dah mintak maaf ker belum??
Skrg uturn. Jadi pakar rujuk pulak. Pelik la
Anon. Ko ni banyak soal.la..
Satu pon dia tak jawab
Bodoh ker pandai tu?
Post a Comment