Ada sebab kenapa Amanah terus pujuk Pas
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah), mengalu-alukan hasrat
mana-mana pihak untuk terus memujuk Pas bersama parti-parti politik
pembangkang di negara ini bagi bertanding menentang BN dalam pilihanraya
umum akan datang.
Timbalan Presidennya, Salahudin Ayub berkata, pembangkang masih
mempunyai waktu untuk membuktikan kepada rakyat negara ini bahawa mereka
telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk Pas.
"Ini sangat penting supaya biar rakyat faham dengan jelas di kemudian
hari nanti parti manakah yang sebenarnya merosakkan segala impian dan
harapan untuk menolak BN," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, Amanah juga ingin tegaskan walaupun pintu rundingan sentiasa
terbuka luas namun batas waktu perundingan mesti ditentukan supaya
segala keputusan dan penentuan hala tuju dapat dimuktamadkan dengan
segera.
"Kekuatan sedia ada iaitu Pakatan Harapan dan Bersatu yang telah dibina
dan mula mendapat keyakinan rakyat mestilah diperkukuhkan lagi sebagai
asas untuk membina permuafakatan politik yang lebih besar," katanya.
Mengulas lanjut, Salahudin berkata beliau yakin dan percaya bahawa
rakyat telah terdidik dan mempunyai maklumat yang cukup untuk memberikan
sokongan kepada parti-parti politik yang telah jelas menzahirkan
pendirian mereka untuk menentang kezaliman BN.
"Rakyat akan menolak parti yang bersama dengan kezaliman BN walaupun
berhempas pulas menyatakan mereka tidak bersama BN," katanya.
13 orang berkata:
Perbezaan Minda dan pemikiran antara pimpinan di bawah dan diatas didalam PAS ketika ini
Setiap hari semakin banyak isu semasa yang perlu kepada penjelasan pimpinan Pas atasan. Pimpinan Pas bawahan menunggu dengan penuh sabar. Sekiranya tidak dijawab, maka seolah-olah pihak atasan mengesahkan segala perkara yang dibangkitkan oleh parti serpihan Pas iaitu Parti Amanah Negara (Pan) dan Dato Husam Musa adalah benar.
Pimpinan Pas bawahan sudah banyak kali berpesan sebelum ini supaya beringat dengan Dato Husam ini. Tindakan pecat Dato Husam ibarat serah ulu golok kepada pihak Amanah dan Pas pegang mata golok yang tajam. Pas akhirnya terluka dan menderita.
Segala maklumat dalaman parti dan kerajaan negeri serta hubungan baik dengan jentera parti dan kerajaan menjadikan maklumat dan hujjah anak buah alMarhum Tok Guru Nik Aziz ini sukar untuk dipatahkan. Parti Pan mendapat semangat baru dengan kemasukan Dato Husam. Hampir setiap hari DH turun mengadakan majlis dialog dan menubuhkan cawangan amanah di seluruh Kelantan.
Kalau isu pejabat Pas Dun Salor yang bertukar warna oren sudah jadi isu makan diri Pas sehingga seorang pemimpin Pas digelar sebagai pembohong apabila mendakwa tanah asal pejabat dun salor tersebut adalah tanah kerajaan. Bukti dokumen geran tanah dan saksi bekas Adun Salor Dato Rosli menafikan sebaliknya.
Isu balak yang terbaru lebih merungsingkan pimpinan bawahan kerana ianya ibarat bom jangka yang menunggu mangsanya. Senarai pembalak yang rapat dengan pimpinan atasan sudah dibongkar sedikit demi sedikit oleh Dato Husam. Dokumen-dokumen penting dijangka dikeluarkan selepas ini bagi membuktikan ada pimpinan Pas atasan yang juga mendapat habuan dari tauke-tauke balak ini.
Pas dijangka akan terus tersepit apabila Usul RUU 355 tidak dibentangkan dalam persidangan Parlimen dalam bulan Oktober sebagaimana diwar warkan sebelum ini. Ahli-ahli Parlimen Pas akan diperhatikan setakat mana mampu berhujah mempertahankan usul Ruu A355 tersebut oleh tuan guru Presiden sendiri. Jangan pula ada yang menyokong sambil duduk sahaja tanpa berani bangun berhujah dengan puak sekular umno, mca, mic, dap dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak yang telah isytihar menolak Ruu 355 tersebut.
Tiada isu lain lagi bagi Pas untuk terus menuduh Dap sebagai anti Islam sekiranya Ruu 355 ini gagal. Isu penyelewengan 1mdb dan persempadanan semula pilihanraya Pas masih senyap tanpa suara dan tindakan. Amat pelik apabila Bersih 5 juga Pas tidak akan sertai pada kali ini dalam keadaan parti-parti lain membuat bantahan persempadanan pilihanraya yang dijangka memberi kelebihan kepada Umno-Bn.
Apa nak jadi tentang nasib masa depan Pas, pimpinan Pas bawahan hanya tunggu dan lihat. Sekiranya jawapan diberi tidak memuaskan hati, maka jangan harap kita kekal istiqamah dengan Pas. Kemungkinan besar kita juga akan berhijrah ke arah parti baru ( Pan dan Bersatu) yang jelas akan menolak parti zalim Umno-Bn sebagaimana kehendak alMarhum Tok Guru Nik Aziz sejak dulu lagi.
Pemimpin Pas Bawahan
Terbaik bohhh
Weii walaunte....
Balik la tanam durian kunyit kat hutan tu. Kalu nasib baik bole dapat balak.
Kawe ni respek parti walaunta sebab apa tau?
1. Sbb suka mengkapirkan org
2. Sbb suka membaruakan org
3. Sbb bertanding tak nak menang
4. Sbb ada no parti masok sorga
5. Sbb bole kebas balak bapak dia
6. Sbb selalu uturn
7. Sbb suka mengkapirkan org
8. Sbb bodo
Kalau sokong ruu 355 rekaan walaon2 tu boleh kompom masuk syurga ker?
Saja tanya...
Kalau gabungan PIGS menang, kita kena jaga hutan simpan kita 24 jam sehari. Takut kena songlap....
Ada tengganu, tengganu jatuh. Ada kedah, kedah jatuh. Ada perak, perak jatuh. Ada klate kompon akan jatuh.
Ada telo 2 bijik pun nak jatuh jugak.
Musang pun ada yg berjanggut jugak. Orang panggil dia musang berjanggut.
Sapa dah makan dedak tolong tutup mulut rapat2. Jangan gatal mulut nak suruh saman
Org iran datang sini pun dia senyap aje. Kalau tak tu mulut dia la yang pung pang pung pang
Berak berdarah adalah buasir?
Masyarakat adakala malu atau segan untuk membincangkan topik yang berkaitan dengan najis. Bagi sesetengah golongan isu ini adalah rahsia dan tidak patut dikongsikan bersama. Malah ada yang menyimpan ‘rahsia’ kejanggalan najis mereka sehingga ianya mendatangkan kesan yang mudarat kepada diri mereka sendiri. Ada juga pesakit yang sering membeli ubat di farmasi dengan mempunyai persepsi berak berdarah adalah hanya buasir dan itu adalah normal. Malangnya persepsi pesakit sering salah, pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah disarankan bagi mengelakkan komplikasi. Satu kajian populasi yang dilakukan di Australia menunjukkan 47% pesakit merasakan berak berdarah itu tidak perlu dirisaukan. Malahan 37% populasi kajian tidak pernah melihat warna najis sendiri dan 43% membuat rawatan sendiri sebelum mendapatkan nasihat doktor.
http://greenboc.blogspot.my/2016/10/alasan-baharu-nasruddin-belum-bayar.html?m=1
Serban besar tapi kaki fitnah.
Bayar la hutang tu.
LGE tunggu duit lu utk bayar mahkamah la.
Post a Comment