Pas bukan alat pihak lain
SHAH ALAM - Pas tidak akan sesekali menjadi alat untuk pihak lain mengambil kesempatan dan mencapai hasrat mereka.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu
hanya akan menyokong sesuatu yang menguntungkan dan selaras dengan
perjuangan Islam yang menjadi dasar Pas.
“Seperti bisnes, di dalam politik juga ada pertimbangan untung rugi
terhadap apa yang dianggap bernilai bagi parti masing-masing. Bagi Pas,
Islam berada di kedudukan tertinggi.
“Ada masanya, Pas hanya memberikan sokongan moral kepada agenda bersama
yang dipersetujui Pas, akan tetapi tidak menyertai program untuk
mengelak pihak lain mengambil kesempatan demi matlamat lain yang tidak
selaras dengan matlamat Pas,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurutnya, sejarah pernah membuktikan gerakan Islam menjadi penggerak
kepada perjuangan menuntut keadilan dan menjadi mangsa kepada kezaliman
pimpinan, namun hasilnya dinikmati oleh pihak lain.
“Cukuplah gerakan Islam menjadi alat bagi mencapai hasrat golongan
sekular untuk mencapai hasrat mereka, namun apabila mereka berjaya,
Islam akan terus ditekan dan terus menjadi mangsa,” katanya.
Tuan Ibrahim berkata, situasi itu juga pernah berlaku terhadap Pas
apabila diminta menyokong pelbagai gerakan dan program pihak lain.
Bagaimanapun katanya, apabila tiba soal perjuangan Islam yang dipelopori Pas, ada dalam kalangan mereka menjadi penentang.
“Tiada parti yang mungkin akan bersama dengan pihak yang hanya ingin
mengambil kesempatan dengan apa yang dimiliki oleh parti tersebut.
“Pas tidak berkecuali dalam hal ini, sebagaimana ditegaskan oleh
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pas tidak akan menjadi
anak tangga bagi pihak lain,” katanya.
5 orang berkata:
Maksudnya Pas tidak mengharapkan parti lain untuk menang dlm pru 14 jika berbuat demikian ia umpama monyet!
Bagaimana pula dengan gabungan PIGS. Bukankah itu juga bermakna Pas mengharapkan parti untuk menang? Ertinya Pas itu "MONYET" itu gelaran yang mereka buat...
Selain PIGS , MONYET itu juga PAS ...kahkahkah dasar mulut ustaz yang suka memaki , melabel dan mengelar...
Puiiii
aduh jangan sebut monyet
asal jadi babi haram
binatang tak layak di samakan dengan manusia
Kerjasama PIGS menunjukkan mereka ni mungkin monyet
Post a Comment