BN akan tumbang di Kedah pada PRU14
SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin
Yassin mendakwa Barisan Nasional (BN) akan tumbang di Kedah pada pilihan
raya akan datang.
Muhyiddin berkata, ini bersangkutan dengan sentimen rakyat di negeri
jelapang padi itu selepas bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz
Mahathir digugurkan daripada jawatannya.
"Selepas Mukhriz disingkirkan...mungkin sudah cukup matang untuk BN
tumbang, sebab saya tengok sentimen rakyat Kedah selepas peristiwa itu
berlaku ia amat tidak baik bagi BN,penerimaan mereka kepada MB baharu
(maaf cakap) tidak sehebat Mukhriz," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif bersama beliau di Kumpulan Media Karangkraf.
Muhyiddin mendakwa sebelum tindakan penyingkiran Muhriz dilakukan
beliau telah menghantar satu pesanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak.
"Sebelum Najib pecat Mukhriz saya hantar mesej kepada beliau saya
beritahu 'amaran baik' jangan buat begitu...itu permulaan kepada
kejatuhan BN, tapi yang pasti mereka tidak endahkan, jadi perkiraan saya
BN di Kedah sudah cukup ranum dan cukup matang untuk terjatuh,"
katanya.
Mukhriz dipecat daripada Umno pada Jun lalu, dan disingkirkan daripada
jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah dan diganti dengan Datuk Seri
Ahmad Bashah Md Hanipah.
12 orang berkata:
Negeri bakal jatuh dlm pru14:
1. Kedah
2. Kelantan
3. Selangor
Kenapa saya sokong umno:
1. Pemuda umnolah yg susah payah bantu seorang pesakit di UK untuk dibawa balik ke Malaysia tahun lepas.
2. Pemuda umno juga menguruskan seorang wanita pemetik buah di australia yg sakit batuk kering bulan lepas.
3. Pemuda umno juga membantu seorang pakcik yang kena stroke di australia utk balik ke msia pd bulan lepas.
4. Umno juga mengusahakan pelepasan seorg doktor msia yg ditahan yahudi awal minggu ini.
Nak mintak tolong Pas, pkr, dap, amanah, bersatu? Habuk pun tarak. Silap haribulan kita pulak kena ceramah politik dan caci maki.
Bior najib kalah asal umno menang.
Negeri2 yg ada mb jenis kelakar memang bakal jatuh.
Pas bakal jatuh sama spt kelantan dan kedah.
Bukan umno uruskan lah bodoh! Itu semua urusan atas tiket Negara @ Malaysia. Perjanjian persefahaman antara negara. Kalau PH memerintah pun guna tiket yang sama.
Umno lah sangat berdedak lah kamu selamanya!
Betul. Itu urusan Wisma Putra
Kalu harap pas nemang tak pergi ke mana la...
Kalu pasal balak....lajuuuuuu aje
Urusan wisma putra dgn kerjasama umno.
Pas kan...
Mula2 jatuh perak.
Lepas tu jatuh tengganu.
Pah tu jatuh kedah.
LEPAS NI JATUH KLATE PLOP
Tak pernah aku dengar ada usaha pas dgn wisma putra kalo ada rakyat kita ditimpa masalah di luar negeri.
Kalo yg kutok kejaan ada la banyak. Kalo tak cukup duit belajar anak kat luar negeri, mula la ngooooongg mintak sedekah.
Phuiii
Kalo kita tegur dia kata duit rakyat. Duit rakyat tu duit bapak dia sorang ke?
Tak ada duit belajarlah dalam negeri. Kolej darul naim kan ada.
Masih lg Pigs mengaku hebat...pru 14 semakin ligkup gamaknya pigs ni...
Post a Comment