Khairy: BN perlu lebih ramai calon muda
KUALA NERUS – Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan lebih ramai calon
muda pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sekiranya ingin terus kekal
berkuasa memandangkan jumlah pengundi golongan itu semakin ramai.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pucuk pimpinan
tertinggi terutamanya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri wajar
memainkan peranan itu dengan mengenalpasti calon muda yang berpotensi
dan menyenaraikan nama mereka pada PRU akan datang.
“Masih terlalu awal untuk saya bercakap tentang perkara ini (calon
PRU-14) tetapi adalah menjadi harapan saya untuk melihat lebih ramai
calon dalam kalangan generasi muda kerana saya percaya rakyat ingin
melihat muka baharu.
“Bukan semua (calon orang muda) sebab kita masih hargai tokoh yang ada
pengalaman..Cuma kita harap ada gandingan muka lama dan muka baharu yang
lebih seimbang.
“Kita tidak boleh menolak peralihan generasi dalam negara..belia
semakin ramai..pengundi muda ramai..kalau BN melihat kebelakang dalam
usaha untuk kita senaraikan anak-anak muda sebagai calon..maka sedikit
sebanyak akan beri kesan negatif kepada anak-anak muda,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program
Jelajah Kampus Rakan Muda 2016 di Universiti Sultan Zainal Abidin
(Unisza), di sini, petang tadi.
2 orang berkata:
Khairi pandai sindir PIGS yg kebanyakannya janggut sejemput dah beruban tapi masih jugak berebut kerusi dengan amanah. Apalah salahnya mengalah dan bertanding 3 penjuru. Senang sikit yg janggut putih sejemput tu kita lingkopkan.
Terbaik bro.
Post a Comment