Akta 355: MCA desak DAP nyatakan pendirian
KUALA TERENGGANU - MCA mendesak DAP menyatakan pendirian berhubung Rang
Undang-undang (RUU) Persendirian pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang dibentangkan Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persoalan itu timbul
kerana sehingga kini, tiada pendirian jelas dinyatakan DAP berhubung
perkara itu.
“MCA dah nyatakan pendirian untuk tidak menyokong usul dibentangkan
itu, apa pula pendirian dan tindakan DAP untuk menyekat Hadi daripada
mengemukakan usul ini kerana mereka dulu pernah ‘bersekongkol’ bersama
dalam satu pakatan,” katanya selepas Majlis Perasmian Konvensyen MCA
Terengganu, semalam.
Tiong Lai turut mempersoalkan hubungan antara DAP dan Pas yang sebelum
ini pernah diisytiharkan putus, namun dilihat masih bersama.
Malah katanya, DAP sehingga kini masih berdiam diri dan hanya
berselindung di belakang serta hanya tahu menuding jari kepada MCA dan
parti lain, sedangkan DAP tidak lantang dalam soal itu.
Ditanya mengenai terkini pendirian MCA terhadap RUU itu, katanya,
beliau masih tegas dengan pendirian untuk menolak usul yang dikemukakan
itu.
3 orang berkata:
Ceh!!!!! Pukimak betol la.
Aku ingat dap aje yang tolak. Rupanya geng umno kesayanganku pun tolak jugak.
Tapi bagi walaunta, dap saja yang mesti disalahkan. Mca buat tak apa sbb mca sedara politik umno.
Hukuman mengebas balak di hutan simpan ada sebut dalam ruu 355 tak??
Kalau ada memang patut kita sokong 100%. Org yg luluskan, tokey balak, pembalak dan penerima dedak balak mesti dihukum dengan sewajarnya kerana merosakkan air sungai dan menyebabkan banjir kilat yg merugikan penduduk.
Jangan pulak ruu ni bila dah jadi akta tidak boleh digunapakai utk pencuri balak pulak yer...
Dlm ruu 355 ni ada tak dinyatakan hukum mengkafirkan org lain dan hukum yang dikenakan kpd org yg nak tanam org islam di jirat cina,?
Kat seksyen berapa tu???
Post a Comment