‘Majlis Raja-Raja ada hak’
PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap
Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 11 Oktober ini akan membuat
ketetapan untuk mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Menurut Mahathir, beliau telah menghantar surat kepada semua Raja-raja
dan Yang di-Pertua Negeri, 4 Oktober lalu bagi memaklumkan usaha yang
dilakukan menerusi Deklarasi Rakyat bagi mendesak Najib berundur.
Katanya, surat tersebut turut memaklumkan mengenai perjumpaan beliau
dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah
pada 15 September lalu.
“Setakat ini, saya belum mendapat reaksi daripada Yang di-Pertuan Agong
berkenaan perjumpaan tersebut. Tetapi, oleh kerana Majlis Raja-Raja
akan bermesyuarat pada 11 Oktober ini, saya fikir ada baiknya kita
hantar surat kepada semua raja-raja.
“Ini untuk memaklumkan kepada mereka mengenai rayuan kita supaya
Majlis Raja-raja ambil tindakan terhadap apa yang terkandung dalam
Deklarasi Rakyat,” katanya dalam sesi temu bual eksklusif dengan Sinar
Harian, semalam.
Mengulas lanjut, Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata,
raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak di dalam Perlembagaan
untuk bertindak menangani masalah yang dihadapi negara sekarang.
“Khususnya tindakan terhadap Najib kerana telah melakukan banyak
kesalahan. Kita jelaskan bahawa dalam Perlembagaan, Majlis Raja-Raja
mempunyai kuasa untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya
bertindak terhadap Najib.
“Tindakan ini sama ada menamatkan atau menggantung sementara jawatan
Najib sebagai Perdana Menteri sementara satu siasatan diadakan berkenaan
tuduhan terhadap beliau. Ini memang terdapat dalam Perlembagaan
negara,” dakwa beliau.
Mahathir berkata, beliau yakin Majlis Raja-Raja akan mendengar dan mempertimbangkan rayuan rakyat tersebut.
“Dahulu terdapat pendapat bahawa Raja-raja tiada kuasa lagi. Tetapi ini
tidak benar dan sebab itu kita cuba dapatkan tindakan daripada Majlis
Raja-Raja kerana mereka ada kuasa.
“Sudah tentulah sebagai raja mereka perlu ambil kira pandangan terhadap apa yang berlaku dalam negara ini,” katanya.
Ditanya perancangan beliau sekiranya usaha tersebut tidak mendapat
maklum balas positif Majlis Raja-Raja, Mahathir membayangkan pilihan
raya sebagai jalan terakhir.
“Kita memang ada perancangan lain iaitu kita akan cuba bertanding dalam PRU14.
“Ini kita akan adakan satu pakatan antara parti-parti kawan supaya
bertanding dalam pilihan raya secara satu lawan satu. Kalau berpecah,
kita akan kalah,” katanya.
1 orang berkata:
ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
angka;GHOIB: singapura
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum
angka”GHOIB; laos…
angka”GHOIB; macau
angka”GHOIB; sidney
angka”GHOIB: vietnam
angka”GHOIB: korea
angka”GHOIB: brunei
angka”GHOIB: china
angka”GHOIB: thailand
ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
0823-9177-2208
saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
Post a Comment