Pembangkang perlu bersedia bentuk gabungan mantap
SHAH ALAM – Parti pembangkang termasuk Pas, Bersatu dan parti-parti
dalam Pakatan Harapan digesa membincangkan pembentukan sebuah gabungan
yang mantap.
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, semua
pihak tersebut perlu bersedia untuk berhadapan dengan perkara itu.
“Perlu ada kesediaan untuk berunding. Itu adalah permulaannya,” katanya
selepas pendengaran kes qazaf di Mahkamah Rayuan Syariah di Kuala
Lumpur, semalam.
Beliau turut bersetuju rundingan antara Harapan, Bersatu dan Pas bagi mengukuhkan kedudukan pembangkang.
“Penyertaan Pas dalam pakatan pembangkang baharu adalah bergantung kepada rundingan dan persetujuan bersama,” katanya.
Pada masa sama, beliau sempat mengirim salam dan doa buat Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru sahaja keluar selepas mendapatkan
rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
“Kirimkan salam dan doa saya untuk beliau,” katanya lagi.
1 orang berkata:
Pas kan kuat.
Ahlinya pun 1 juta.
Termasuklah yg dah meninggal
Post a Comment