Pas belum bincang gabung parti lain
KOTA BHARU - Pas belum mengadakan sebarang perbincangan untuk bergabung
dengan parti lain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14), kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata, walaupun parti itu memberi peluang kepada Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin
berucap di atas pentas mereka pada satu ceramah di Kemaman, Terengganu
baru-baru ini, namun ia bukanlah petanda bahawa Pas dan Bersatu akan
bergabung.
"Kami tak jawab apa-apa, tak ada perbincangan lagi (untuk bergabung
dengan Bersatu). Baharu duduk atas pentas sama sahaja. Orang kata 'don't
read too much'," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan
Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sudah sampai masa pembangkang bersatu’]
Muhyiddin sebelum ini dilihat berucap di atas pentas Pas pada satu
ceramah yang diadakan di Kemaman, Terengganu dan turut mencadangkan
supaya satu bentuk kerjasama dapat dijalinkan secara rasmi dalam Pakatan
Harapan khususnya dengan Pas bagi mewujudkan gelombang perubahan besar
ke arah pembentukan kerajaan baharu pada PRU14 akan datang.
Muhyiddin turut dipetik sebagai berkata, Bersatu bersedia untuk
bersama-sama dalam apa keadaan sekali pun dan optimis segala perbezaan
yang ada di antara parti serta perkara berbangkit dapat diselesaikan
melalui rundingan secara terperinci.
Dalam pada itu, Mohd Amar sekali lagi mengulangi pendirian parti itu
yang menutup pintu rundingan dengan DAP dan Parti Amanah Negara
(Amanah).
"DAP dan Amanah memang itu keputusan parti, kita tak akan berunding dan
tak berbincang apa-apa (dengan DAP dan Amanah). Orang lain kita 'open'
tapi belum ada perbincangan rasmi dengan siapa-siapa," katanya. -
Bernama
10 orang berkata:
Pembangkang terdiri drp pkr, dap, amanah dan bersatu. Klu nak bersatu dgn pembangkang, kenalah bersatu dgn dap dan amanah.
Tapi seeloknya pas jgn bersatu dgn pembangkang sbb akan mwrugikan pembangkang. Pas ni belit lebih. Jumpa ular jumpa pas, kita pukul pas dulu.
Pas buat apa sibuk2 pasal pru.
Bukankah baik pas fikirkan pasal ruu 355 yang mereka cipta tu. Untung2 geng najib sokong ruu
Berdosa dan jatuhkah iman kita kalau kita tidak sokong ruu 355 walaupun kita tau hukum ruu 355 itu cuma ciptaan pas dan tidak sama dengan hukum Allah dalam al-Quran?
Dosa tak kita kalu kita jadi takfir seperti kumpulan yg telah membunuh syaidina Ali dahulu?
Kau rasa2 boleh tak hadi tu jadi PM? Dia boleh speaking engklis ker?
Aku rasa tahun 2016 ni ialah tahun terakhir nik amar memegang jawatan dalam kejaan negeri kelantan. Tahun 2017 aku rasa dia akan kalah sampai terduduk
Org bangang aje yang nak undi parti bulat cap telor tembelang turrr
Kalau hadi & nik amar kalah pru14 akan datang, aku nak buat bubur kacang makan ramai2 tanda kesyukuran. Amiin.
“Balak hasil utama negeri. Kita boleh berhenti kalau kerajaan pusat bayar royalti minyak sebagaimana perjanjian,” kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada FMT hari ini.
Rupanya ketua dalang itu org Pas. Padanlah mcm samseng acu senapang , guna chainsaw ugut orang asli rupa dpt backup besar dari pas @ ustaz @ org agama.Tidak fikir masalah org asli kehilangan punca air bersih dan pendapatan. Rupanya gitu parti yg kononnya kuat agama bertindak...mengajak org kpd kebaikan peribadi rupa dusta. Padanlah isu mangsa di Kelantan tidak ambil tahu rupanya merekalah ketua dalang yg merosakkan mukabumi akibat aktiviti pembalakan. Umpama badan penuh bertatu bak yakuza tapi berserban dikepala. Tutup kerosakkan peribadi dgn menjual agama.
Pas oh Pas memang hancussss!
Klu nak royalti bagi aje kelantan kat umno. Kejap aje dpt rotalti. Tak payah sosah2 nak kelepet hasil balak.
Nampak sgt ketakutan tahap gaban org2 PAN dgn sikap cool PAS...PAN jenuh dok kutuk mcm2 ..tapi PAS senyum je..cool.
Post a Comment