'Anwar sebak, terharu dengan sokongan penyokongnya'
PUTRAJAYA - "Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, sampaikan salam.
"Itu pesanan yang disampaikan Anwar kepada yang hadir," kata salah seorang peguam yang mewakili Anwar, Sivarasa Rasiah.
Sivarasa berkata, Anwar turut melahirkan rasa sebak dan terharu di atas
sokongan yang diberikan oleh para penyokongnya hari ini.
"Tadi saya bersama beliau selepas habis perbicaraan kes, beliau terharu sebab ramai yang datang.
"Dari 1998 sampai sekarang....semangat inilah yang menguatkannya dan
akan membawa perubahan," katanya di pekarangan Istana Kehakiman,
Putrajaya hari ini.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusan
semakan yang dikemukakan bekas ketua pembangkang itu terhadap sabitan
bersalah dan penjara selama lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas
pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan semakan kes Anwar ditangguh]
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Tan Sri
Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan keputusan itu selepas selesai
mendengar hujahan yang dikemukakan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan hujahan
balas oleh pendakwa raya, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
Korum itu turut dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Tan
Sri Richard MalanjumTan Sri Hasan Lah; Tan Sri Abu Samah Nordin; dan
Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Selain Ahmad Kamal, pasukan pendakwa raya dibarisi Awang Armadajaya
Awang Mahmud, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul
Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah.
Anwar pula diwakili peguam, Datuk Sri Gopal Sri Ram, N Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, J Leela dan Latheefa Koya.
Semakan itu merupakan usaha kedua Anwar supaya dibebaskan daripada
tuduhan meliwat selepas Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat pada 16
Mac tahun lalu, menolak petisyen pengampunan Anwar dan menyatakan
hukuman penjara lima tahun terhadapnya perlu diteruskan.
Anwar memfailkan semakan itu mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
4 orang berkata:
KESIAN SANGAT....
NAK BAYAR HUTANG 500 JE PUN TAK MAMPU.
Fitnah punya pasal, bergelar ustaz tapi fitnah jadi amalan. Bercakap bagaikan halilintah nalangnya dari RM10k akhirnya terpaksa bayar RM12k. Kalau tak ada duit jual sahaja Velfire.
Ehhh bukan ke dia ni org umno menyusup dlm pas?
PUKIMAK DIA PUNYA WALAUNTA.
KENAPA?
Pembalakan haram jadah. Boss walaunta luluskan pembalakan di pdlmn gua musang kurang 500 hektar sbb takut kena buat laporan DEIA.
Ko sbg walapun tak tau ke kesannya? Apa BODO sangat.
1. Banjir besar
2. Air sungai teh tarik
3. Ganggu 20 kg org asli
4. Babi pindah gi bandar sbb tu byk BABI DALAM BUKIT.
BILA BANJIR MULALAH WALAUNTA TUNJUK JARI KAT TUHAN.
Tak ke pukimak dia tu.....
Post a Comment