Pas perlu jaga maruah
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat Pas sepatutnya lebih
menjaga ‘maruah' dan tidak lagi hanya menjadi jentera kepada parti anti
BN.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian
Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata,
usaha itu hanya akan merugikan parti Islam itu sendiri.
Menurutnya, Pas sebaliknya perlu bersama Umno untuk memastikan survival parti itu kekal sehingga selepas PRU.
“Pas mengalami bencana dan musibah besar apabila bersekongkol dengan
DAP sebelum ini. Ia menjadikan saf kepimpinan Pas berpecah-belah. Adakah
Pas tidak serik? Pas tidak boleh sendirian. Pas perlu kerjasama baharu
dan jika tidak, Pas akan menjadi parti minoriti yang terhakis
peranannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Umno membayangkan akan berlaku satu persepakatan baharu dalam arena politik negara menjelang PRU14.
Menurutnya, Pas sepatutnya sedar usaha mengetengahkan Islam yang dibuat
oleh pembangkang amat lemah jika dibandingkan dengan Umno.
Katanya, ia sudah dibuktikan dengan tindakan beberapa pemimpin daripada
parti pembangkang yang secara jelas menolak hukum Islam yang cuba
dibawa Pas.
“Tidak salah bagi Pas untuk mencari formula murni bersama Umno demi kebaikan ummah dan survival Islam di negara ini,” katanya.
Beliau turut berpendapat, Pas perlu membelakangi ego parti dalam soal
survival parti kerana banyak kerusi majoriti Melayu akan terselamat dan
tidak terlepas ke tangan Pakatan Harapan sekiranya penggabungan berlaku
antara Pas dan Umno.
Selain itu katanya, Pas juga akan memperoleh manfaat untuk kekal di
Kelantan dan mudah bersaing dengan Amanah yang cuba menembusi Kelantan.
“Jika Umno dan Pas bekerjasama, maka ancaman Pakatan Harapan akan dapat
dineutralkan. Kini Pas hanya ada dua persimpangan politik, hendak
bersama pakatan pembangkang yang telah sedia memperalatkan Pas sebelum
ini atau Umno yang telah pun mampu berkompromi dengan desakan Pas
mengenai usaha perundangan Islam,” katanya.
2 orang berkata:
Perasan la PAS ni...
Btul...btul...btul
Post a Comment