SPRM kenal pasti lebih 40 saksi bantu siasatan
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini
mengenal pasti lebih 40 saksi bagi membantu siasatan dan akan memanggil
mereka dalam masa terdekat.
Sumber SPRM berkata, saksi adalah mereka yang ada kaitan secara
langsung dalam proses pemberian kerja-kerja kepada syarikat terlibat.
“Kebanyakan mereka adalah di kalangan kakitangan jabatan itu dan juga kontraktor-kontraktor.
"Selain itu, SPRM telah merakam percakapan enam individu yang dipercayai dapat membantu siasatan.
“Kesemua ahli keluarga suspek memberikan kerjasama mereka dan akan dipanggil kami dalam masa terdekat ini,” katanya.
Selain itu, SPRM juga telah membuka semua tujuh peti besi milik
timbalan pengarah itu di beberapa bank di Kota Kinabalu yang mempunyai
barangan kemas dan wang tunai.
SPRM dijangka akan memanggil pengusaha kedai pajak gadai esok untuk menilai semua barang kemas yang telah dirampas.
Semalam, SPRM menahan dua pegawai kanan kerajaan di Sabah kerana
memiliki kekayaan luar kemampuan di mana nilai rampasan dianggarkan
RM115 juta.
Dua penjawat awam berkenaan memegang jawatan pengarah (J54) dan
timbalan pengarah (J52) sebuah agensi kerajaan kira-kira jam 9.15 pagi
di pejabat masing-masing di Kota Kinabalu.
Kedua-duanya mereka mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur
asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010 itu dipercayai
memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.
Hasil siasatan, SPRM telah merampas wang tunai lebih kurang RM53 juta daripada kedua-dua suspek tersebut.
Ia melibatkan wang berjumlah RM45 juta daripada pengarah terbabit manakala RM7.2 juta daripada timbalan pengarah tersebut.
Kesemua rampasan itu dibuat di pejabat dan rumah masing-masing.
Susulan penahanan tersebut, SPRM turut menahan dua lagi individu
termasuk adik kepada timbalan pengarah terbabit yang juga merupakan
seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 55 tahun dan akauntannya
berusia 50 tahun yang dipercayai berperanan membantu untuk
menyelenggarakan duit yang diperoleh secara rasuah.
“Siasatan mendapati, suspek pertama dipercayai menggunakan lebih 17
buah syarikat milik adik-beradik beliau dan juga proksi untuk
menjalankan kegiatannya.
“Manakala untuk suspek kedua pula menggunakan 21 buah syarikat yang terdapat hubungan kekeluargaan dengannya,” katanya lagi.
Dalam kes ini, SPRM akan mendapatkan kerjasama negara lain menerusi
'Mutual Legal Assistance' untuk mendapatkan maklumat berhubung akaun
bank yang dimiliki suspek di luar negara.
[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM jumpa wang tunai RM50j di rumah pegawai GLC]
Jelas sumber lagi, SPRM masih menilai dan menentukan nilai barang
kemas, jam tangan dan geran tanah yang telah disita dalam serbuan
semalam.
"Selain itu, anggaran nilaian 94 beg tangan pelbagai jenama yang
dirampas milik salah seorang isteri suspek itu bernilai lebih kurang
RM500,000.
9 orang berkata:
Jangan ada plak walaon yg tuduh amanah ngan dap pulak yer...
Dedak 90 juta tu bila sprm nak siasat?
Bayangkanlah...
Klu 2.4 b tu banyak mana pulak la yek... mau ambik masa dekat 3 bulan baru habis kira
Ikan kembung aje tu.
Jerung lepas
90 juta - 50 juta = 40 juta.
Kahkahkah
Tak payah samang la
Buat malu ikang sembilang je
Yg pak karamu sibuk2 pasal duit tu kenapa? Bukan ke lebih baik klu pak karamu fokus kat ruu 355. Pak karamu kena istiqamah dgn ruu tu sbb ruu tu parti pak karamu yg cipta.
Pak karamu kena la bagi tekanan kepada pemimpin atasan parti pak karamu supaya masuk tanding 3 penjuru di SEMUA kaw pilihanraya pru14 ini nanti. Misti boleh menang semua. Barulah cite2 tn presden nak jadi pm tercapai.
Pak karamu kenalah kuat sikit jolok pemimpin atas2 tu. Jgn join pembangkang pak karamu, kang jadi monyet.
Pak"kera"mu kes 90 jutaan tu bila nak saman?
Post a Comment