Sazmi nafi keluar Umno sebab kejar jawatan
MACHANG - Umno makin tersasar, hilang fokus dan dilihat bukan lagi
membela nasib orang melayu sebaliknya mengutamakan kepentingan pemimpin.
Bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah berkata, beliau memilih
bersama parti baharu,Bersatu bagi meneruskan perjuangannya membela
nasib rakyat tanpa memikir apakah jawatan yang beliau akan pegang
selepas itu.
Katanya, beliau tidak pernah mengejar apa-apa jawatan sebagaimana yang
diura-urakan dan diperkatakan di laman-laman sosial selepas beliau
menzahirkan ketidakpercayaan kepada pimpinan Perdana Menteri, sebelum
ini.
"Bukan matlamat saya untuk pegang apa-apa jawatan, saya sokong Umno
sebab parti itu mempunyai dasar yang jelas bagi mempertahankan agama,
bangsa dan negara namun hari ini, dasar itu tidak lagi dipegang pemimpin
Umno yang mana lebih mengutamakan kepentingan sendiri dengan
membelakangkan kepentingan rakyat.
"Saya sudah hilang kepercayaan kepada Umno dan saya yakin Bersatu mampu
memberi nafas baharu dalam membela nasib rakyat. Tak perlulah
memutarbelitkan penghijrahan saya ini dengan mengatakan saya mahukan
jawatan dan ingin bertanding di sini semula sebagai ahli parlimen, ”
katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusannya menyertai
Bersatu selepas sekian lama bersama Umno termasuk pernah memegang
jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar.
Sazmi yang juga Ketua Cawangan Umno Lepan Simpol, dekat sini
menyerahkan borang keahlian tersebut kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr
Mahathir Mohamad di Putrajaya, kelmarin.
1 orang berkata:
Ini baru betul. Berani buat perubahan. Tak ker macan walaon2 yg walak tak kena tempat.
Post a Comment