Pas takkan gadai prinsip, dasar parti
KUANTAN - Pas tidak akan menggadaikan prinsip dan dasarnya untuk tunduk
kepada mana-mana parti termasuk rakan gabungan yang dilihat cuba
mengambil kesempatan mencapai hasrat mereka.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabbar berkata, sekiranya tidak
bersedia menerima dasar Pas bermakna mereka juga tidak menerima Pas,
jadi atas alasan itu jalinan politik tidak boleh diadakan.
Menurutnya, Pas mengakui banyak parti yang mempelawa untuk bekerjasama
dan membentuk satu gabungan namun persoalannya sama ada mereka memahami
dan boleh menerima dasar dan perjuangan Pas atau sebaliknya.
“Jangan hanya ingin bersama Pas demi kepentingan sokongan terhadap
parti sahaja tetapi menolak dan menentang apa yang Pas perjuangkan
sehingga berlakunya perpecahan.
“Sebagai sebuah parti Islam yang dasarnya adalah al-Quran, hadis, ijma’
dan qias, pastinya segala diperjuangkan bersesuaian dengan kehendak
Islam di samping selaras dengan ruang demokrasi diamalkan di negara
kita,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pas akan bergabung dengan Bersatu untuk meraih kemenangan dalam PRU14.
Rosli berkata, beliau amat bersetuju dengan penegasan Timbalan Presiden
Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat bahawa Pas bukan satu parti yang boleh
dijadikan alat untuk pihak lain mengambil kesempatan dan mencapai
hasrat mereka.
Katanya, Pas sehingga kini tidak mempunyai sebarang keputusan untuk bergabung dengan Bersatu.
“Kalau ada pun ia mungkin dalam proses perbincangan. Buat masa sekarang Pas masih lagi mempunyai hubungan dengan PKR,” katanya.
Dalam pada itu, Rosli berkata, sekiranya gabungan dibentuk hanya untuk
meraih undi tetapi tidak memperjuangkan kebaikan agama dan umat Islam,
tiada makna bagi Pas sebagai sebuah parti Islam.
“Bagi parti yang berhasrat nak bersama Pas, mereka kena terima dasar
dan perjuangan Pas, jangan hanya nak undi daripada ahli dan penyokong
Pas tetapi jadi penentang kepada dasar Pas,” katanya.
2 orang berkata:
Kakaka.kesian
Ayat orang merajuk...membazir pujuk...geng pas ramai dah semeja dgn aku join Amanah..
Rasa kat Johor ni ramai yang tak mengaku ahli pas lagi ... terutama di Batu Pahat..
Petanda Pas akan berkubur di Johor.
Yup.
Memang kita orang sudah blah dari Pas.
Kita orang tak mau join PIGS dan jadi MONYET.
Post a Comment