Blackout 505: Nik Nazmi didenda RM1,500
SHAH ALAM - Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad didenda RM1,500 oleh
Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku bersalah menganjurkan
perhimpunan Blackout 505 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya,
tanpa kebenaran, tiga tahun lalu.
Pengakuan itu dibuat Nik Nazmi selaku orang kena saman di hadapan Hakim, Datuk Ghazali Cha sebentar tadi.
Ghazali turut memerintahkan Nik Nazmi menjalani hukuman penjara dua minggu sekiranya gagal melunaskan denda itu.
Pada 5 Januari lalu, Nik Nazmi, 34, yang juga Exco Pengerusi Tetap
Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi
Selangor didakwa di mahkamah tinggi atas pertuduhan gagal memaklumkan
notis 10 hari kepada polis sebelum penganjuran perhimpunan Blackout 505
di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, jam 8.30 malam pada 8 Mei
2013.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman
yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit
kesalahan.
Berdasarkan kronologi, Nik Nazmi didakwa kali pertama pada 17 Mei 2013 atas pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Beliau kemudian membuat permohonan untuk mengetepikan pertuduhan tersebut namun ditolak oleh mahkamah tinggi pada 1 Nov 2013.
Pada 6 Februari 2014, Nik Nazmi didakwa kali kedua terhadap pertuduhan sama Pada 25 April 2014 panel Hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara,
membenarkan permohonan Nik Nazmi untuk menggugurkan tuduhan kali pertama
terhadapnya dengan alasan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012
adalah tidak berperlembagaan memandangkan peruntukan itu di luar batas
kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan
aman.
Pada 6 Mei 2014, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Yasmin Abdul Razak
melepaskan tanpa membebaskan Nik Nazmi daripada pertuduhan itu dengan
mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Nik
Nazmi menggugurkan pertuduhan.
2 orang berkata:
Bayar je.
Jangan nak berhutang mcm lebai jerman tu pulak.
Apalah sgt nilai 1500 klu nak banding nilai perjuangan utk rakyat.
Membalak bersama ulamak
Post a Comment