Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIMBANG KERANA HASUTAN DARIPADA ORANG YANG MENENTANG RUU 355

AHLI PAS TIDAK PERLU BIMBANG, KERANA  PRESIDEN SUDAH MASAK SEPAK TERAJANG UMNO, NAMUN WALAUPUN UMNO ITU DIKATAKAN JAHAT TAPI MEREKA TETAP MENYOKONG RUU 355 JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KAWAN LAMA YANG MENENTANG RUU 355. 
 
KAWAN LAMA BUKAN SAHAJA MENENTANG PAS AKAN TETAPI MENGKHIANATI PERJUANGAN PAS, LALU MEREKA BERSEKONGKOL DENGAN ORANG YANG MEMUSUHI ISLAM YANG DIBAWA OLEH DASAR PAS.
 
SEKARANG INI MUSIM  PERJUMPAAN DAN JAMUAN MAKAN MALAM, SANA SINI BUAT JAMUAN, SEJAUH INI BELUM NAMPAK PERJUMPAAN ITU BERJAYA, ADA LA CENGKADAK-CENGKADAK LAPAR YANG MENGHADHIRI PERJUMPAAN JAMUAN TERSEBUT, TUJUANNYA UNTUK  MEMPENGARUHI DAN MENAMBAH AHLI, BAGI MEREKA AHLI PAS ADALAH KEUTAMAAN - Pak Karamu
 
 
 
'Ahli Pas tak perlu bimbang'
Umno-Pas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa

SHAH ALAM - Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar menegaskan tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai jalinan hubungan politik Pas-Umno kini.

Ujarnya, beliau faham mengenai kebimbangan sesetengah rakannya dalam Pas, namun katanya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah masak dengan 'permainan' Umno.

"Ana sangat memahami kebimbangan sahabat-sahabat dalam melihat percaturan antara Pas-Umno.

"Jangan bimbang. Semua kita tahu bahawa Umno sedang lemas dan mencari penyelamat politik mereka. Mereka boleh bermuka-muka, seperti kebiasaan mereka selama ini.

"Tuan Guru sangat sedar dan arif terhadap tipu muslihat Umno dan seangkatan dengan Umno. Bukan sehari dua Tuan Guru dan pimpinan Pas mengenali Umno. Puluhan tahun yang penuh perit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, selama pimpinan Pas tetap menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman sebagai pemanisnya, selama itulah parti itu berada dalam pemeliharaan ALLAH dalam mencapai mardhatillah.

"Politik dan dakwah serta tarbiyah yang kita bawa ini tidak terpisah-pisah. Kita tak akan rugi, kerana kerja buat kita untuk meninggikan kalimah ALLAH ini akan dikira sebagai amal kebaikan di sisi ALLAH. Bekalan kita mengadap ALLAH  di hari pengadilan-NYA. Tetaplah kita istiqamah, insya-ALLAH," katanya.

Hubungan Pas dan Umno kini semakin mesra, selepas dilihat beberapa kali kedua-dua presiden parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Hadi duduk semeja bagi membincangkan perkara yang melibatkan kepentingan ummah.

Ia rentetan daripada pendekatan Pas kini yang mengamalkan amalan politik matang.
Selain bersama dalam isu Pindaan Akta RUU355, terbaharu Najib dan Hadi sepentas dalam Himpunan Soladariti Untuk Ummah Rohingya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

2 ekor penyamun bangsat..

Anonymous said...

ko pun menentang ruu di kedah..ko dgn yg menentang skrg ni pun 2x5 je hehe..ruu ko tu ruu politik je hehe..kalo ruu ko ni bukan ruu politik..xkan ko tentang ruu dulu hihihi

Anonymous said...

Di parlimen PKR cadang usul bincang masalah rohingya. Pas bisu tak bersuara. Umno reject. Cadangan usul kena tolak.


Kat luar pura2 jadi juara bela rohingya utk tunjuk kat tv seolah2 pas hebat. Tapi habuk tarak sbb tak ada sebutir apapun hasil dan tindakan. Pura2 dan pendusta.


Dlm hati ....... politik. Masalah tau org umno undi aku..boleh mp sepenggal lagi...rakyat bukan tahu pun.


Mujurlah rakyat mudah dpt makluman dr cik internet dan prof Google. Kalu tak, kena tipu penjual agama bulat2..

Anonymous said...

Apa hukum menyokong kezaliman pemimpin kpd rakyat?

Lan said...

PAS di khianat kawan? Yg letak calon hingga jadi pertandingan 3 penjuru di kota Damansara & Sg Aceh di PP pada PRU 13 tu siapa? Walhal keputusan di persetujui oleh Majlis Presiden. Siapa yg khinat? PAS ke DAP? Malu lah sket orang agama.... Cina makan babi pun x khianat kawan oiiii......

Anonymous said...

Sebenarnya dia org bimbang hilang kuasa di klantan dan hilang jawatan mb, timb mb, exco dll.

Mereka juga bimbang hilang jawatan pencacai international.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.