AHLI PAS TIDAK PERLU BIMBANG, KERANA PRESIDEN SUDAH MASAK SEPAK TERAJANG UMNO, NAMUN WALAUPUN UMNO ITU DIKATAKAN JAHAT TAPI MEREKA TETAP MENYOKONG RUU 355 JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KAWAN LAMA YANG MENENTANG RUU 355.
KAWAN LAMA BUKAN SAHAJA MENENTANG PAS AKAN TETAPI MENGKHIANATI PERJUANGAN PAS, LALU MEREKA BERSEKONGKOL DENGAN ORANG YANG MEMUSUHI ISLAM YANG DIBAWA OLEH DASAR PAS.
SEKARANG INI MUSIM PERJUMPAAN DAN JAMUAN MAKAN MALAM, SANA SINI BUAT JAMUAN, SEJAUH INI BELUM NAMPAK PERJUMPAAN ITU BERJAYA, ADA LA CENGKADAK-CENGKADAK LAPAR YANG MENGHADHIRI PERJUMPAAN JAMUAN TERSEBUT, TUJUANNYA UNTUK MEMPENGARUHI DAN MENAMBAH AHLI, BAGI MEREKA AHLI PAS ADALAH KEUTAMAAN - Pak Karamu
'Ahli Pas tak perlu bimbang'
SHAH ALAM - Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar
menegaskan tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai jalinan hubungan
politik Pas-Umno kini.
Ujarnya, beliau faham mengenai kebimbangan sesetengah rakannya dalam
Pas, namun katanya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah masak
dengan 'permainan' Umno.
"Ana sangat memahami kebimbangan sahabat-sahabat dalam melihat percaturan antara Pas-Umno.
"Jangan bimbang. Semua kita tahu bahawa Umno sedang lemas dan mencari
penyelamat politik mereka. Mereka boleh bermuka-muka, seperti kebiasaan
mereka selama ini.
"Tuan Guru sangat sedar dan arif terhadap tipu muslihat Umno dan
seangkatan dengan Umno. Bukan sehari dua Tuan Guru dan pimpinan Pas
mengenali Umno. Puluhan tahun yang penuh perit," katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Katanya, selama pimpinan Pas tetap menjadikan al-Quran dan as-Sunnah
sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman
sebagai pemanisnya, selama itulah parti itu berada dalam pemeliharaan
ALLAH dalam mencapai mardhatillah.
"Politik dan dakwah serta tarbiyah yang kita bawa ini tidak
terpisah-pisah. Kita tak akan rugi, kerana kerja buat kita untuk
meninggikan kalimah ALLAH ini akan dikira sebagai amal kebaikan di sisi
ALLAH. Bekalan kita mengadap ALLAH di hari pengadilan-NYA. Tetaplah
kita istiqamah, insya-ALLAH," katanya.
Hubungan Pas dan Umno kini semakin mesra, selepas dilihat beberapa kali
kedua-dua presiden parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Hadi
duduk semeja bagi membincangkan perkara yang melibatkan kepentingan
ummah.
Ia rentetan daripada pendekatan Pas kini yang mengamalkan amalan politik matang.
Selain bersama dalam isu Pindaan Akta RUU355, terbaharu Najib dan Hadi sepentas dalam Himpunan Soladariti Untuk Ummah Rohingya.
6 orang berkata:
2 ekor penyamun bangsat..
ko pun menentang ruu di kedah..ko dgn yg menentang skrg ni pun 2x5 je hehe..ruu ko tu ruu politik je hehe..kalo ruu ko ni bukan ruu politik..xkan ko tentang ruu dulu hihihi
Di parlimen PKR cadang usul bincang masalah rohingya. Pas bisu tak bersuara. Umno reject. Cadangan usul kena tolak.
Kat luar pura2 jadi juara bela rohingya utk tunjuk kat tv seolah2 pas hebat. Tapi habuk tarak sbb tak ada sebutir apapun hasil dan tindakan. Pura2 dan pendusta.
Dlm hati ....... politik. Masalah tau org umno undi aku..boleh mp sepenggal lagi...rakyat bukan tahu pun.
Mujurlah rakyat mudah dpt makluman dr cik internet dan prof Google. Kalu tak, kena tipu penjual agama bulat2..
Apa hukum menyokong kezaliman pemimpin kpd rakyat?
PAS di khianat kawan? Yg letak calon hingga jadi pertandingan 3 penjuru di kota Damansara & Sg Aceh di PP pada PRU 13 tu siapa? Walhal keputusan di persetujui oleh Majlis Presiden. Siapa yg khinat? PAS ke DAP? Malu lah sket orang agama.... Cina makan babi pun x khianat kawan oiiii......
Sebenarnya dia org bimbang hilang kuasa di klantan dan hilang jawatan mb, timb mb, exco dll.
Mereka juga bimbang hilang jawatan pencacai international.
Post a Comment